Kebaikan anai-anai pada alam sekitar

Friday, 23 March 2012


  • Ada orang yang menamakan anai-anai sebagai 'white ants' atau dalam bahasa Malaysia semut putih. Sebelum ini ada saya tuliskan di sini bahawa anai-anai bukanlah daripada keluarga semut walaupun tabiat berkoloninya dilihat seperti semut. Dia sebenarnya daripada keluarga lipas.
  • Menurut Encyclopedia Britanicca, terdapat kira-kira 2,750 spesis anai-anai seluruh dunia dan 10% daripada spesis itu mendatangkan banyak kerosakan pada manusia.
  • Walaupun banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai, ia tidak patut dipersalahkan kerana anai-anai adalah serangga hutan yang bergantung harap hidupnya dengan menjadikan kayu-kayan sebagai makanan. Oleh kerana manusia telah menebas habis hutan, tempat asal anai-anai maka ia sebagaimana biasa merayap dan mencari kayu kayan yang kini terdiri daripada struktur bangunan serta bahan perabot manusia.
  • Dalam alam sekitar terutamanya di dalam hutan anai-anai amat penting kerana ia mencernakan cellulose kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.
  • Kayu serta dedaun yang jatuh bertimbun-timbun di dalam hutan megambil masa yang amat lama untuk dicernakan jika bukan dengan pertolongan anai-anai.
  • Tanpa anai-anai timbunan kayu serta daun mampu menimbus habis pokok-pokok di hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.
  • Jika kita pernah masuk hutan tentu kita dapat lihat betapa persekitarannya amat lapang seperti telah dibersihkan oleh seseorang. Itulah sebenarnya kerja anai-anai.
  • Walau bagaimanapun anai-anai jika tidak dikawal dirumah kita boleh mendatangkan banyak kerugian apabila perabot serta struktur rumah kita dimakannya. Untuk mendapat petua mengawal anai-anai anda boleh dapatkannya di Pest Control Tips.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License