Haji Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar - Prof Mahmood Zuhdi

Monday, 19 March 2012

Sebelum ini Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi mengeluarkan kenyataan yang ketika itu turut sama dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai hubungan kerjasama antara orang Islam dengan orang Yahudi.

Menurut pendapat Haji Hadi dan ia mewakili pegangan Pas, adalah tidak salah untuk umat islam bekerjasama dengan orang Yahudi terutamanya dalam hal ehwal ekonomi asalkan Yahudi tersebut bukanlah kumpulan Zionis.

Apa saja pendapat Tuan Guru Haji hadi sudah tentu adalah pendapat yang telah difikirkan secara mendalam dan mempunyai hujah-hujahnya yang tersendiri. Takkan kita nak mempertikaikan ilmu yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Hadi kerana semua orang tahu dalam bab agama dia memang banyak ilmu.


Cuma sehebat manapun ulama dia tak akan tercicir daripada melakukan kesalahan. Dalam mengeluarkan pendapat sudah tentu dia sekali sekala akan terpengaruh dengan keadaan semasa dan keperluan yang mendesak mengikut suasana atau dengan siapa dia berkawan.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Prof Mahmood Zuhdi ketika memberikan komen bahawa kenyataan Presiden Pas itu hanya mengelirukan umat Islam dan seterusnya memecah belahkan umat islam khususnya di negara kita.

Prof Mahmood Zuhdi terkejut dengan kenyataan Haji Hadi kerana sepanjang prof mengenali beliau, Haji Hadi merupakan seorang yang tegas dengan pendiriannya. Tetapi kini dia nampaknya seperti tunduk kepada pemimpin yang sokong mush Islam. Haji Hadi menurut prof hanya mahu mengambil hati pemimpin tertentu.

Nasihat Prof Mahmood Zuhdi pada Haji Hadi adalah agar bercakap benar walaupun pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihanraya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.

Kenyataan seperti itu yang dibuat oleh Prof Mahmood Zuhdi tentu akan mengundang kecaman hebat daripada para penyokong Pas. Tambahan pula Prof kini dah bergelar Datuk dan dalam masa yang sama beliau merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), tentu akan ada kecenderungan mengatakan prof telah dibeli oleh musuh Pas.

Bagi aku, Prof Mahmood Zuhdi bukan calang-calang orang dan tidak pernah aku menyesal membaca segala tulisannya maupun segala wawancara dengan beliau. Ilmunya amat mendalam dan kefahamannya dalam pergolalakan politik dunia amat luas. Perinciannya dalam kemasyarakatan juga amat mengkagumkan aku.

Dunia akedemik memaksa beliau menjadi begitu. kalau dia berhenti mengkaji dan berfikir sudah tentu title prof dia tak laku dan sia-sia duduk dalam dunia akedemik. Jadi kalau begitu komen prof terhadap kenyataan Haji hadi aku rasa kenyataan beliaulah yang lebih afdal diterima.

Berbalik pada kenyataan Haji Hadi pulak aku rasa ia merupakan jawapan spontan yang lebih bermotifkan politik. Itulah dilemanya ulama berpolitik, yang mana mereka terpaksa mengeluarkan pendapat agar ianya seimbang demi kebaikan agama itu sendiri dan dalam masa yang sama mendatangkan juga faedah kepada politiknya.

Bab Yahudi sebagai agama dan sebagai bangsa ini dicampurkan pulak dengan golongan Zionis pada zaman kita ini adalah satu bab yang complicated yang tidak boleh dikeluarkan pendapat sembrono, ia adalah bab politik antarabangsa dan melibatkan hal ehwal dunia dan telah bercampur aduk sekali dengan masalah kemasyarakatan, ekonomi dan agama di muka bumi ini sekarang, jangan dok bagi pendapat semberono....itu saja.
Share on :

3 comments:

  1. Sejarah hidup Nabi menunjukkan beliau ada bermuamalat dgn org Yahudi semasa hidupnya.

    ReplyDelete
  2. Mohon penulis mengutarakan dalil dari Al-Quran mengenai haram berurusan dengan Yahudi jika penulis benar memahami Islam dan Al-Quran dan tidak hanya mengikut akal dan perasaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanyalah pada Prof Mahmud Zuhdi, bukan tanya pada saya. Tanpa akal dan perasaan tiadalah manusia mampu memahami Al-Quran...Tak payahlah bandingkan sesama kita siapa yang lebih memahami Islam sedangkan Islam itu mudah untuk difahami, yang susahnya adalah untuk mengekang nafsu mengamalkannya.

      Kalau tuan rasa tuan lebih memahami Islam berbanding orang lain, itu hak tuan. Tapi nampaknya untuk memahami tulisan saya saja tuan sudah gagal...musykil juga saya?

      Tak faham ke saya hanya laporkan kenyataan Prof Mahmud Zuhdi? atau tuan tak baca lalu terus naik marah dengan tajuk. Itu bukan akhlak Islam dan sudah tentu tiada pada Tuan.

      Jadi jelas di sini tuan gagal memahami tulisan saya...takkan benda mudah macam tupun tak faham, lalu mencabar orang lain buktikan siapa lebih faham Islam?

      Jangan marah ye...sabar itu sebahagian dari Iman!

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License