Sejak Bila Polis Bijaksana?

Sunday, 1 January 2012

"Puk* Mak!, Celaka, Haram Jadah, Kurang Ajar....." bertalu-talu ayat itu tersembur keluar dari mulut Pak Ya, prebet polis di Balai Penanti ketika mengheret saya dan seorang kawan lagi pada tahun 1985 dahulu. Kami ditangkap oleh Pak Ya kerana menaiki motosikal yamaha kapchai CDI tanpa memakai topi keledar.

Sepanjang dia mengekori kami sambil membonceng motosilanya dari belakang tak henti-henti murutnya menyumpah kami berdua sehinggalah sampai ke balai. Kami berdiri tegak didepannya sambil mendengar sumpah serapahnya tak henti-henti.

Kedua kami disuruk ketuk ketampi. Naik turun sambil mulutnya menyupah memaki hamun kami berdua yang makin kepenatan kena ketuk ketampi. Akhirnya saman diberikan kepada kami berdua atas kesalahan naik motosikal tanpa bertopi keledar.


Itu pengalaman ketika remaja yang sampai sekarang saya masih ingat tersemat dalam minda saya dan bayangan Pak Ya masih jelas dalam fikiran saya. Saya membenci polis bernama Pak Ya itu sehinggalah saya dapat tahu dia telah meninggal dunia akibat barah usus.

Itu cerita lama yang memberikan persepsi kepada saya bagaimana tidak bijaksanannya seorang anggota polis menegakkan undang-undang jalanraya. Saya tak kisah didenda dan menerima pengajaran daripada denda tersebut yang sampai sekarang saya pegang agar sentiasa mengelakkan daripada melakukan kesalahan indang-undang.

Tapi sikap anggota polis tersebut hanya memberikan imej buruk anggota polis kepada ramai remaja lain yang apabila bernama remaja memang tak sunyi daripada menentang undang-undang yang dianggap mengongkong kebebasan mereka. Apa salahnya polis bertindak bijaksana dalam menangani remaja dengan kaedah yang lebih memberikan kesan hormat kepada keperibadian mereka.

Bagi saya tidak ada kebijaksanaan pada kebanyakan anggota polis. Mereka hanyalah anggota biasa yang mencari makan demi meneruskan kehidupan. Amanah dalam tugas jauh daripada amalan kebanyakan mereka. Siapa tak pernah merasuah anggota polis dalam hal kesalahan trafik.

Dalam kebanyakan tindakan mereka nafsu amarah sentiasa menguasai segala perbuatan mereka. Dalam kes mereka meleraikan pelajar di UPSI baru-baru ini kita tidak sepatutnya merasakan terkejut dengan sikap ganas mereka, itu bukanlah kali pertama. Kebijaksanaan tiada dalam diari kehidupan mereka. yang pentingnya kami melaksanakan tugas. Kami ada kuasa dan jangan cuba melawan atau kami belasah.

Tiada bezanya antara remaja, pelajar orang awam atau apa saja. Mereka semuanya musuh kepada negara. Penjenayah tidak patut diberikan muka. Kerja mendidik bukan salah satu daripada tugas kami. Barangkali itulah falsafah mereka.

Oleh itu kecaman Mufti Perlis, Dr Juanda agar pihak polis menjalankan tugas mereka dengan bijaksana sebenarnya tidak sedikitpun mendatangkan kesan kepada mereka. Baca komen Dr Juanda tentang kes UPSI di sini.
Share on :

3 comments:

  1. Salam bro;

    Polis mana ada yang bijak beb... semuanya berlagak disebalik uniform tu jer... cuba takda uniform teloq depa tersentot beb... kalau ajak one by one...

    Pasal tu sesiapa yang kerja polis tu.. cuba lu periksa sijil akademik diorang... semuanya tahap kantoi wa cakap luuuu...

    ReplyDelete
  2. Aku mempunyai pengalaman yang sangat pahit dlm sejarah hidupku...aku ditempeleng oleh seorang pegawai polis Inspektor Husin ..pada suatu mlm (1963) dalam perjalanan pulang dari kelas perbincangan LCE.(nakal dulu tak sama dengan nakal sekarang. Aku tak tau apa salah ku..tetiba..pang!!!!! mungkin naik basikal tak berlampu. Sejak malam tu hingga ke arini polis amat ku benci. Aku tak heran kalau masyarakt, pelajar,pekerja memaki hamundan menghina polis atas kekasaran dan kezaliman mereka..they deserve it. Sorry! no respect for the police.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya boleh buat cerita pengalaman pahit dengan polis nih...!...tentu ramai yang pernah rasa.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License