Polis Ganas Tak Berperikemanusiaan - ABIM

Monday, 2 January 2012

Safwan Anang
KUALA LUMPUR: Pendekatan ganas polis terhadap mahasiswa yang mengadakan perhimpunan aman di hadapan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI), semalam hingga menyebabkan seorang daripada mereka, parah, tidak sesuai dalam ‘mengajar’ mereka.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan juga menyifatkan perbuatan polis yang menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safuan Anang parah dan kini terlantar di hospital, sebagai tidak berperikemanusiaan. “Bukan itu caranya mahu ‘ajar’ mahasiswa.


Mereka ini golongan cerdik pandai. Tidak wajar menggunakan kekerasan kerana mahasiswa mengadakan perhimpunan aman. “Lagikan warga asing pun, polis tidak bertindak begitu sedangkan mereka lagi jelas langgar undang-undang. Dari segi kemanusian, tindakan terhadap mahasiswa itu tidak wajar.

“Ada caranya mengendalikan pelajar. Bukan takut kepada suara mereka. Tak sepatutnya polis pukul mahasiswa. Ia tidak harus berlaku di negara kita,” kata bekas aktivis mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Amidi juga percaya pendekatan AUKU pada masa ini banyak berbeza dan lebih terbuka walaupun akta berkenaan sudah wujud dan dibantah.

Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License