Blogger "Alim Agama" Umno Hukum Ustaz Azhar Sebar Ajaran Sesat Kerana Main Muzik

Monday, 2 January 2012

AAKJ.COM menyampaikan kuliah panjang lebarnya dalm tulisannya di sini mengambil pendapat popular mengharamkan semua alat muzik. Dari situ dia mengambil kesimpulan bahawa Ustaz Azhar Idrus telah melakukan satu dakyah sesat menyebarkan perkara haram secara halus untuk meyesatkan masyarakat.

Memandangkan blogger tersebut merupakan penyokong tegar Umno sudah tentu dia mempunyai fahaman bahawa 'jiwa bangsa melayu amat lemah dan mudah disesatkan. Dengar orang Kristian sebut nama Allah, orang melayu boleh murtad, terbaca bible dalam bahasa melayu orang melayu terus jadi murtad dan begitulah lemahnya bangsa melayu tersebut di mata pendokong Umno.


Dan bagi menyelamatkan semua kelemahan jiwa orang melayu itu maka hanya Umno lah saja yang mampu membuatnya. Maka jika Umno yang menganjurkan konsert walaupun terjoget dan terdedah terburai tak apa kerana dalam tangan Umno orang melayu tak akan sesat.

Dalam kes Ustaz Azhar Idrus yang dituduhnya sedang berusaha menyesatkan masyarakat dengan bermain muzik dalam sambutan tahun baru baru-baru ini tidaklah mengejutkan kerana semua yang menyaksikan program tersebut majoritinya adalah orang Melayu yang Umno risau amat lemah jiwanya dan sering kali mudah tergoda untuk disesatkan.


Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License