Facebook Bawa Celaka Dalam Institusi Perkahwinan?

Wednesday, 4 January 2012

Hidup kat dunia ini rasanya tak lengkap sekarang kalau tak sebut tentang Facebook. Kejatuhan pemerintahan kukubesi di Tanah Arab dikatakan mempunyai kaitan besar dengan Facebook. Kejadian kecurian selaput dara remaja perempuan di negara kita banyak datang daripada cuitan di Facebook.

Banyak juga kejadian orang ramai kena tipu beribu-ribu ringgit melalui Facebook. Ada juga orang yang menyamar jadi individu popular dengan pakai Facebook. Anak-anak sekolah rendahpun memberikan tekanan pada ibubapa untuk membeli laptop dan memasang internet di rumah sebab semua rakan-rakan mereka ada akaun Facebook.


Ramai daripada kita menemui semula kawan-kawan lama yang selama ini hilang entah ke mana melalui Facebook. Tidak sedikit juga yang menyambung cerita cinta zaman muda setelah menemui kembali kekasih lama daripada akaun Facebook.

Kejadian suami atau isteri 'merenyeh' dan tertangkan oleh pasangan masing-masing juga melalui Facebook. Ada kes artis minta pertolongan perintah mahkamah syariah mengarahkan isteri taat angkara si isteri lebih mementingkan aktiviti chatnya di laman Facebook.

Kalau nak di senaraikan kecelakaan yang dibawa oleh dajal yang bernama Facebook yang berada serata tempat memenuhi ruang angkasa dunia sekarang ini memang tak habis-habis.

Baru-baru ini laporan menyatakan 33% kes perceraian pasangan suami isteri di UK membawa sekurang-kurangnya 3 bahan dari Facebook sebagai bukti. Ini menandakan Facebook menjadi punca kepada kes perceraian yang amat tinggi dan angka tersebut meningkat dari tahun ke tahun.

Saya yakin kes perceraian angkara facebook di negara kita tidak kurang hebatnya cuma belum ada lagi statistik angka perceraian kes Facebook di keluarkan oleh mana-mana pihak lagi setakat ini.

Dalampada itu kes pasangan yang mendirikan rumahtangga dan membina mahligai bahagia hasil daripada pertemuan di Facebook juga tidak kurang hebatnya. Cuma takut kalau terjadi seperti kata-kata orang tuan, kalau cari makan dengan pedang, alamt mati juga kerana pedang. Kalau cari isteri kahwin dengan facebook takut bercerai juga dengan isteri tersebut akibat facebook.

Nasihat yang elok kita ambil adalah jangan jadikan facebook menguasai kehidupan anda sampa lupakan hal lain dan jangan terperangkap dengan ramai Mat Hitam yang berlakon menjadi anak dara Melayu kacukan Mat Saleh yang kononnya mencari teman di Malaysia.

Baca laporan kes perceraian daripada kes Facebook di UK kat sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License