Pengasas Sister in Islam, Zainah Anwar |
NGO, Sister in Islam menerima anugerah di atas atas kehebatannya mempromosikan dialog, perbincangan dan berusaha memahamkan masyarakat matlamat mereka untuk meletakkan wanita sama taraf dengan lelaki.
Mereka banyak mempersoalkan undang-undang syariah yang dianggap mendiskriminasikan kaum wanita. Salah satu contoh ketara adalah dalam kes kartika yang dihukum rotan oleh mahkamah syariah dianggap mereka sebagai tidak adil.
Baru-baru ini juga mereka menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kelab isteri taat yang bagi mereka merupakan salah satu kegagalan masyarakat meletakkan kaum wanita pada martabat yang sepatutnya.
SIS merupakan satu pertubuhan yang dianggotai oleh wanita berkarier tinggi seperti peguam, doktor, aktivis masyarakat, wartawan dan lain-lain. Mereka memang rajin dan ligat dalam memperjuangkan apa yang dikatakan mereka sebagai hak wanita.
Dengan anugerah tersebut akan bertambah yakinlah mereka untuk meneruskan perjuangan mereka dengan lebih gigih sehingga kaum wanita disama tarafkan dengan kaum lelaki. Mungkin mereka mahu kes seperti Amina Wadud menjadi imam solat jumaat menjadi perkara biasa di Malaysia!
Baca kat sini.
oklah tu dh dpt anugerah
ReplyDelete