Alasan SPR dan lain-lain yang pro kerajaan untuk mengatakan bahawa sistem pilihan raya di negara kita adalah amat bersih telus dan prihatin:
- Kalau tak bersih kenapa pembangkang boleh nafikan kemenangan 2/3 kerusi parlimen BN dalam PRU-12 sebelum ini?
- Kalau tak bersih kenapa pembangkang boleh sapu 5 negeri jatuh ke tangan mereka?
- Semua pilihan raya di negara lain seperti Amerika, Australia, dan lain-lain juga ada kecacatan dalam pilihan raya mereka.
- Parti AK di Turki hanya menang 50% dari kerusi walaupun mereka amat popular di negara mereka.
Nota: Dua alasan terakhir adalah ulasan yang diberikan khas oleh YB Zul Noordin Kulim.
Agaknya dengan meninjau semua alasan kat atas tu adakah ia menjawab soalan-soalan berikut:
- Adakah senarai pengundi yang ada pada SPR adalah senarai yang up-to-date dan dikemas kini dan tiada lagi nama mereka yang meninggal dunia, tiada lagi 2 atau 3 nama yang sama mengundi di tempat yang berbeza.
- Adakah undi Pos itu telus dan boleh dipercayai oleh mereka yang waras.
- Apa susah sangatkah mengadakan proses calit dakwat pada jari pengundi selepas dia menunaikan tanjung jawabnya agar tak ada mangkuk yang pergi pangkah di 3 tempat mengundi yang berbeza.
- Apa tak bolehkah atau susah sangatkah SPR nak bagi kempen sekurang-kurangnya 21 hari sebelum hari mengundi.
- Kenapa tak bagi laluan yang saksama terhadap media utama negara ketika setiap kali pilihan raya? dahlah SPR pendekkan tempoh berkempen, pembangkang pulak tenggelam terus daripada media arus perdana di seluruh negara sedangkan media berpesta berkempen utk kerajaan tanpa batasan dan kekangan.
- Kenapa SPR tak pernah komen atau ambil tindakan terhadap cara BN mempergunakan jentera kerajaan, kewangan kerajaan khas untuk melobi pengundi. Itu belum kira lagi saguhati berupa wang dan barangan kepada rakyat yang sumbernya entah dari mana datangnya.
Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa jika semua yang di atas dilaksanakan belum tentu pembangkang boleh menang dan menguasai Malaysia, namun sekurang-kurangnya kita puas bertanding di lapangan yang sama rata dan kita yakin itu merupakan pilihan rakyat.
No comments:
Post a Comment