- Samada orang Melayu mahu berubah atau tidak mahu berubah, hakikatnya penguasaan BN adalah lemah dan semakin lemah sekarang dan dalam masa mendatang. BN bukan lagi menjadi kuasa dominan di negara Malaysia.
- Berdasarkan trend sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, jika trend berterusan bermakna PR akan menambah lagi kerusinya sebanyak 27 kerusi lagi di Parlimen menjadikan semuanya 109. Jumlah ini hanya kurang 5 kerusi sahaja untuk memerintah negara.
- Jika ini terjadi kerajaan atau pembangkang daripada PR akan didominasi oleh bukan Melayu dalam kerusi-kerusi yang dimenangi di Parlimen manakala BN akan di dominasi oleh Melayu sedangkan mereka tak kuat.
- Pas melihat perkembanganm tersebut dan melakukan perubahan drastik dengan membuat pertukaran strategi dalam pemilihan serta arah tuju kepimpinan parti tersebut bagi memastikan sokongan Melayu bertambah kepada parti Pas. Ini adalah untuk mengimbangi jumlah kerusi yang dimenangi oleh pakatan dan seterusnya jika pakatan menang satu kerajaan yang seimbang dan kuat akan terbentuk di Parlimen.
- Ringkasnya orang Melayu perlu undi Pas dan meninggalkan Umno sebagai parti harapan mereka untuk menerajui negara Malaysia. Pas sudah berubah, lebih berpijak di bumi nyata dan realistik. Pas bukan lagi Taliban Nusantara. Pas punyai ramai pemimpin pelapis yang hebat-hebat berbanding Umno yang sudah ketandusan Pemimpin sekarang dan yang paling pentingnya adalah para pemimpin Pas jauh lebih ikhlas dan rendah diri daripada Umno.
Kenapa Orang Melayu Mesti Sokong Pas !
Monday, 20 June 2011
Labels:
# Masyarakat
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!
Tungkaran hati,
ReplyDeletekat mana yang tak jelasnya perjuangan Pas?
Mahukah rakyat Malaysia hanya dibuai untuk hidup dengan mengharapkan berkat orang lain sedangkan diri sendiri tidak berusaha?
Agaknya kalau Pas pergi sendiri-sendiri lawan dalam PRU, mampukah dia belasah semua kerusi Parlimen?
Dalam kalangan Melayu sahaja yang mengaku islam tu berapa ramai agaknya yang solat dan sanggup pangkah Pas untuk tegakkan negara Islam?
Apakah yang dikatakan negara Islam? adakah negara Islam wujud atas mukabumi ini sekarang? mana ketua umat Islam atas muka bumi ini sekarang?
Apakah negara berkebajikan itu salah dari segi Islam hanyalah kerana DAP dan juga PKR menyokongnya?
Adakah merendah diri itu salah dari segi Islam hanya kerana Sami buddha mengamalkannya?