Bersih 2.0 Akan Dibatalkan - Anwar

Monday, 20 June 2011

Kalau nak batalkan perhimpunan Bersih memang boleh, asalkan Perdana menteri mahu janji untuk mengadakan pilihan raya yang telus dan bersih dari sebarang penipuan dan penyelewengan, kata Anwar Ibrahim.

Kalau Najib janji untuk adakan PRU-13 yang bersih termasuk membersihkan senarai daftar pengundi, Anwar sendiri akan "mengarahkan" Ambiga untuk membatalkan perhimpunan tersebut.

Dari ayat di atas nampak jelas Ambiga berada di bawah telunjuk Anwar Ibrahim yang boleh memberikan arahan samada untuk meneruskan atau membatalkan perhimpunan Bersih yang bakal diadakan bulan depan.

Patutlah BN marah dengan perhimpunan Bersih, mereka berkata himpunan bersih telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Walaupun Ambiga menafikan bahawa mereka dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan arau musluhat peribadi mereka, namun nampaknya kenyataan Anwar menunjukkan sebaliknya.

Tertanya-tanya jugak kalau Mat sabu yang menelefon Ambiga untuk membatalkan Bersih 2.0 agak-agaknya Ambiga akan ikut ke tidak...?

Laporan asal kat sini.
Share on :

1 comment:

  1. Ini pun bro tak npk, tak tahu lah...terang2 menunjukkan anwar mempergunakan ambiga utk kepentingan peribadinya. Dan org melayu yang bodoh pula akan ikut kata2 ambiga. Ambiga telah memperalatkan org melayu. anwar pula melakukan itu untuk memesong pandangan umum pasal kes liwatnya. itu pun tak faham2 lagi...kesian bangsaku diperalatkan. Aku mohon sangat agar PAS keluar dari PR...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License