Siapa agaknya yang layak menggantikan Anwar bila tiba masanya ? |
Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan yang Anwar tetap jadi ketua pembangkang samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes terbarunya yang dituduh mendatangi Saiful.
Pakatan Rakyat masih belum memikirkan siapa yang bakal menggantikan Anwar setakat ini. Terfikir juga dalam kepala siapa agaknya yang boleh atau layak menggantikan ketua pembangkang.
Dia mestilah seorang yang berpengetahuan luas dalam hal ehwal ekonomi, antarabangsa, dan mampu berhujah mematahkan lawan dalam sebarang pengucapan.
Kalau dalam bab mematahkan hujah lawan, tak ada orang yang sehebat Arwah Ustaz Fadzil Noor dalam setiap perbahasan di Parlimen. Selain itu arwah juga amat bijak menyusun organisasi parti yang mana ketika zamannya Pas berada di kemuncak yang paling hebat.
Mungkin menteri besar Kedah sekarang ada ciri-ciri degil dan tegas macam arwah, tetapi dia tidak ada di parlimen. Tuan Guru haji Hadi pula lebih cekap membahaskan isu fatwa yang menyentuh hal ehwal hukum agama, memang dia seorang "savant" yang hebat, tapi tak pasti pulak dalam pengurusan negara secara realitinya Tuan Guru mampu menandingi Anwar.
Setakat ini Pakatan Rakyat nampaknya seperti ketandusan pemimpin yang mampu mengembeling semua parti dalam PR sebaik Anwar. Tidak hairanlah serangan terhadap Anwar tak henti-henti bagi melemahkan ikatan pembangkang.
Namun ada baiknya Anwar sentiasa diserang, sekurang-kurangnya ia membuatkan pembangkang sedar dan bersedia mengadakan pimpinan pelapis yang mampu mengambil alih pimpinan peringkat tertinggi bila tiba masanya nanti.
Berita asal kat sini.
No comments:
Post a Comment