Ketua Polis Negara menempelak Taukeh Parti KITA yang memandai membuat andaian bahawa imej Polis akan tercemar jika tidak mendedahkan siapa pelakon video yang paling laris di negara kita baru-baru ini.
Polis siasat kes tersebut di bawah seksyen 292, memiliki dan mengedar bahan lucah katanya, dan pihak polis tidak terikat untuk mendedah siapa pelakonnya. Kalau nak dedah semua pelakon filem-filem seks banyaklah pula kerja polis tak habis-habis setiap kali merampas kedai menjual vcd lucah yang tak pernah habis-habis.
Lagipun matlamat pengedar video lucah terkenal itu sudah tercapai, mencetuskan keraguan kepada rakyat sampai rakyat dah mula meloya dengan permainan politik kotor tersebut.
No comments:
Post a Comment