100 Pemuda Umno Berkumpul Sokong Lidah Rasmi Mereka !

Friday, 20 May 2011

Utusan dengan Umno tidak dapat dipisahkan. Apa saja Umno nak buat akan dilobi oleh Utusan bermati-matian walau apapun yang akan terjadi. Hari ini utusan mengapi-apikan sentimen agama dan menuduh DAP, musuh ketat Umno atau lebih tepat lagi BN menjadi dalang dibelakang semua itu. Semua itu semata-mata mahu melonjakkan parti yang disokong Utusan.

Pada 2 Mac 1967 Utusan pernah dibakar oleh 1000 orang para pencinta bahasa di depan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana Utusan menyokong Umno (Tunku Abdul Rahman) yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.


Orang melayu bangun menentang Utusan pada waktu itu yang dianggap sebagai pencacai Umno yang nampak macam mahu mengagung-agungkan bahasa penjajah. Bukan saja Utusan malah gambar Tunku juga dibakar dan jurugambar utusan Hussein Nor waktu itu juga nyaris-nyaris dilontar ke dalam api.

Usman Awang menulis sajak khas bertajuk Keranda 152 untuk menterjemahkan pengkhianatan Utusan tersebut:

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tahun nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

Utusan juga pernah di dapati bersalah pada 18 jun 1971 atas tuduhan menghasut penutupan sekolah-sekolah cina dan tamil. Ketua pengarangnya pada waktu itu Melan Abdullah di denda RM500 dan penyuntingnya Abdul Samad didenda RM1,000. Semua itu berlaku apabila utusan membodek Musa Hitam

Memang Utusan sampai bila-bila akan jadi lidah pencacai Umno maka patutlah sangat Umno juga sanggup bermatian menyokong mereka.

(Untuk maklumat sila rujuk buku Zainuddin Maidin, Semua Itu Sudah berlalu.)
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License