Kalau Osama Laden tidak mewakili umat Islam keseluruhannya, begitu juga Ibrahim Ali tidak mewakili keseluruhan umat Islam serta Melayau di negara kita. Begitulah komen Hishammudin Hussein terhadap laungan Ibrahim Ali mahu melancarkan jihad melawan para pendakwah Kristian. Baca kat sini.
Ada kekawan yang puji Ibrahim Ali kerana kata mereka dia seorang yang konsisten dalam perjuangan Melayunya. Saya melihat Ibrahim Ali ini hanya bermain politik untuk kepentingan dirinya sahaja.
Dia tahu tempat dia berpolitik dan bertanding di Kelantan sana majoriti besarnya adalah orang Melayu. Hanya ada beberapa kerat saja orang Cina dan undi orang selain Melayu padanya lansung tidak penting untuk memastikan dia menang dalam sebarang pertandingan.
Oleh sebab itulah dia cakap besar dan menunjukkan kehebatannya memperjuangkan Melayu sehingga tidak lansung memperdulikan sentimen bangsa lain atau agama lain. Orang lain pun ada semangat berjuang juga, tapi tak payahlah nak laung-laung tunjuk kat orang. Orang lainpun sentiasa bersedia untuk berjihad, tapi taklah sampai asah pedang depan orang ramai.
Namun Ibrahim Ali terpaksa buat begitu semata-mata untuk menunjukkan pada kawasan melayu ramai tempat berkubunya bahawa dia hanya berjuang untuk orang melayu untuk pastikan kemenangannya. Pandai politik Ibrahim Ali ni.
No comments:
Post a Comment