Pengerusi PKR Puchong Tidak Berpelajaran !

Saturday, 13 November 2010

Teresa Kok mahu buat aduan rasmi terhadap
S Murali, Pengerusi PKR Puchong
Apakah yang membezakan seorang yang berpelajaran dengan seorang yang tidak berpelajaran?. Dalam Quran juga ada menyebut bahawa tidak sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Apa yang membezakannya?.

Dari segi zahir ilmu bukanlah sesuatu yang boleh dipamerkan sebagai benda yang boleh kita letak selonggok di depan mata. Jika seorang yang berilmu dangan seorang yang tidak berilmu berdiri tegak di depan kita, tidak akan kelihatan mana yang satu berilmu mana yang tidak.

Jalan bagi mengenal pasti seseorang itu ada ilmu ialah dengan melihat tanda-tanda yang terkesan hasil dari ilmu yang dibawa di dalam dada. Antara tanda-tanda orang yang berilmu adalah perwatakan tenang yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak berilmu.

Secara umumnya, seorang pemuda yang baru lulus ijazah amat berbeza perwatakannya dengan seorang pemuda yang sama umur yang tidak habis bersekolah. Segala tindakan serta perwatakan terserlah dengan ketara.


Pemuda Ijazah lebih tenang membuat sesuatu rumusan manakala pemuda tak habis sekolah lebih tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan. (Itupun jika pemuda yang tidak habis sekolah itu terus hanyut leka dibuai kebebasan. Jika sebaliknya dia menambah ilmunya dengan menadah kitab di masjid atau surau, sering membaca buku-buku yang bermanafaat, dia adalah digolongkan dalam orang yang berilmu juga).

Apabila seseorang itu sering berpewatakan kasar, kurang ajar, biadap, tergopoh-gapah, tidak tahu berunding, dan tidak boleh dibawa berbincang, maka ia membawa tanda-tanda yang ada pada seseorang yang tidak berpelajaran.

Masyarakat yang berpelajaran mampu membina masyarakat yang bertamadun, sebaliknya yang tidak berpelajaran akan membentuk masyarakat yang kasar dan tiada lemah lembut.

Itulah yang boleh digambarkan dari cerita serangan S Murali, Pengerusi PKR Puchong terhadap Presiden MPSJ, Datuk Adnan Ikhsan dan Juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok. Baca di sini untuk berita asal.

Hanya kumpulan samseng sahaja yang layak ditadbir oleh golongan kasar dan tidak berpelajaran. Masyarakat bertamadun hanya layak ditadbir oleh golongan yang berilmu. PKR perlu memecat ketua-ketua yang tidak berpelajaran seperti S Murali kerana ia lebih membawa kerosakan daripada kebaikan.

Nota: Ilmu tidak semestinya diperolehi melalui cara formal sahaja seperti sekolah atau universiti. Fungsi ilmu adalah sebagai makanan otak untuk hadam serta dicernakan melalui pemikiran dan pemahaman. Ilmu bermula apabila akal menimbulkan pertanyaan lalu diikuti dengan pencarian jawapan. Jika jiwa peka dengan kejadian alam sekeliling kita, akan muncul seribu satu persolan yang membutuhkan jawapan.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License