Kelantan Bentang Budget Defisit Lagi Untuk 2011

Wednesday, 10 November 2010

Kerajaan Pas negeri Kelantan membentangkan perbelanjaan defisit sekali lagi untuk tahun 2011 dan merupakan yang paling teruk dari budget sebelumnya.

Kita mengharapkan Kerajaan Pas Kelantan membuktikan kecekapan mereka menguruskan perbelanjaan negeri agar dapat menjadi contoh satu-satunya negeri di bawah Parti Islam yang telah lama pengalamannya memerintah.

Menarik untuk kita perhatikan komen Datuk Omar Mohamed, ADUN Pas-Perupuk dalam perbahasan dewan semalam agar Kerajaan negeri berhenti dari menyalahkan kerajaan pusat di atas segala kesukaran yang dihadapi dalam membangunkan negeri Kelantan setelah 20 tahun memerintah.


Sindrom penafian perlu dihentikan serta merta dan berusaha mengatasi segala kesukaran dengan berdikari. Kalau asyik nak menyalahkan orang lain tiada sesiapapun yang akan maju dan tiada ada kelebihannya Pas berbanding dengan parti lain.

Jika Pas dapat menguruskan negeri Kelantan dengan baik dari segi material dan juga spiritual, ia akan menjadi satu 'bench mark' untuk negeri-negeri lain di Malaysia malah di seluruh dunia. Ini bukan sahaja dapat mengharumkan nama negeri Kelantan dan Kerajaan Pas malah dapat mengharumkan negara Malaysia.

Tiada sesiapa nafikan yang ianya satu pekerjaan yang susah. Kerja yang susah itulah yang jika kita dapat mengharunginya membuatkan kita berbeza.

Pembentangan dilakukan oleh Datuk Husam Musa walaupun sepatutnya ia dibentangkan oleh Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz. Nampak terang bahawa "master mind" pengurusan ekonomi Kelantan adalah Husam.

Baca laporan lanjut di bernama dengan klik di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License