Abang Din. |
Bernama melaporkan kenyataan Tengku Adnan bahawa Umno tidak akan menerima kembali orang seperti Zaid yang telah dipecat dari parti. Baca di sini
Punca Zaid di pecat adalah kerana tindakannya yang tidak bersetuju serta mengkritik Umno terang-terangan.
Zaid sekali lagi melakukan perkara yang sama dalam PKR dengan mengkritik kepimpinan parti lantas melepaskan semua jawatannya serta menarik diri dari pertandingan jawatan naib presiden parti. Semua itu dilakukan sebagai protes kepada tindak tanduk parti.
Teringat saya kepada cerita seorang sahabat, Abang Din yang dulu pernah menjadi "drebar" Zaid agak lama juga ketika Zaid masih lagi menjadi orang kuat Umno.
Abang Din ini merupakan seorang penyokong tegar Pas sejak muda dan pernah menjuarai pertandingan ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas.
Ada sekali Zaid menegur sikap orang Pas yang ditujukan kepada Abang Din yang tidak suka dengan konsep kerajaan sekular di Malaysia. Kata Zaid pada Abang Din , 'kalau tak suka dengan undang-undang kerajaan Malaysia yang ada ini kamu bebas keluar dari negara ini, pergilah ke tempat yang sudi menerima kamu'.
Abang Din dengan selamba menjawab kepada Zaid, "Kalau saya tak suka dengan undang-undang Kerajaan Malaysia ini, saya boleh keluar dari negara ini jika kerajaan Malaysia tidak menerima saya, banyak lagi Kerajaan lain di bumi Allah yang boleh saya diami selain dari Malaysia'.
Sambung Abang Din lagi, 'tapi Datuk, kalau tak suka dengan undang-undang kerajaan di langit, datuk juga boleh keluar dari alam ini yang semuanya kepunyaan Allah, pergilah cari kerajaan lain kalau ada !".
Zaid hanya terdiam tidak menjawab pukulan Abang Din.
Mungkin Zaid perlu memikirkan semula landasan perjuangannya serta tujuan kehidupannya adakah untuk keredaan Allah atau sekadar mencari kepuasan diri sendiri. Nampaknya tak ada lagi parti yang suka kepadanya.
klau blh letakkan button share kat fb
ReplyDeleteZharif,
ReplyDeleteMacammana nak buat...?