Zahid Hamidi pertahan Majlis Syura Pas!

Tuesday 5 February 2013

Senarionya bermula bila Lim Guan Eng minta kerajaan persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible. Agak pelik juga dok tak dok LGE buat statement cam tu dekat dengan pilihanraya. Bukan dia tak tau sentimen orang melayu terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Untuk meredakan keadaan Tuan Guru Haji Hadi bersama dengan pimpinan PR keluarkan kenyataan ok untuk bukan Islam gunakan kalimah Allah. Aku rasa Tuan Guru haji Hadi bukannya tak tahu hukum hakam untuk perkara sebegitu.

Kemudiannya Majlis Syura keluarkan kenyataan putus bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu tidak dibenarkan. Kenyataan ini sepatutnya jadi kata putus buat Pas dan tak perlulah dipertikaikan lagi atas dasar Majlis Syura punyai kata putus dalam perkara sebegini. Betul kata Haji Hadi, ia sudah diputuskan oleh Pas dan tak perlu bincang lagi.


Bangun pula singa DAP, Karpal minta Majlis Syura pertimbangkan semula keputusan mereka. Permintaan Karpal sudah tentu berdasarkan kepentingan politik dan bukannya atas dasar kepentingan Islam sebab dia seorang kafir yang masih belum mendapat hidayah. It's purely politics!, tak ada benda lain.

Ramai yang kritik latahan Karpal yang mahu tunjuk pandai menasihatkan Majlis Fatwa dalam urusan yang melibatkan kepentingan umat Islam. Kenapa Karpal tak reti hormat sikit rakan mereka yang mewakili umat Islam dalam PR. Ini bukan kali pertama dia buat macam tu namun Pas tak boleh pecat Karpal dari parti kerana dia bukannya ahli Pas.

Hari ini Zahid Hamidi pulak, orang kuat Umno tegur Karpal agar jangan masuk campur dalam urusan Majlis Fatwa yang tidak ada kena mengena dengan DAP. Walau buruk macam manapun persepsi aku pada Umno atau pada Zahid Hamidi, aku rasa Zahid buat perkara yang betul untuk mengkritik Karpal dalam hal umat Islam.

Kenapa Majlis Syura buat keputusan sebegitu, sudah tentu setelah mempertimbangkan bencana atau kerosakan yang bakal timbul pada umat Islam khasnya di Malaysia jika Bible menggunakan kalimah Allah di dalamnya. Aku yakin pertimbangan politik wajib menjadi perkara kedua berbanding perrtimbangan kepentingan agama dan dakwah Islamiah.

Ringkasnya, jelas Pas bukannya pencacai DAP, itu semua orang Islam dan juga bangsa Melayu mesti tahu. The End

Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License