TG Nik Aziz lega Orang Asli tarik balik saman

Wednesday 7 March 2012


  • Seorang daripada 3 individu orang asli di Kelantan menarik balik saman mereka terhadap Kerajaan Negeri dalam isu pengambilan tanah orang asli.
  • Telah berlaku salah faham dalam kes pengambilan tanah hak milik orang asli dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.
  • Saman ditarik balik setelah orang asli insaf salah faham mereka dan mengaku semuanya berpunca daripada salah maklumat yang diberikan oleh orang luar yang sengaja mahu mengerohkan keadaan dan menimbulkan kacau bilau.
  • Mereka juga memohon maaf kepada Kerajaan Negeri dan juga Tuan Guru Nik Aziz dan menarik balik saman untuk penyelesaian yang lebih baik dan menguntungkan semua pihak.
  • Tuan Guru dalam menyatakan kesyukurannya terhadap kebijaksanaan orang asli itu mengharapkan agar masyarakat orang asli memilih berita yang betul dan menolak hasutan daripada pihak luar yang hanya berniat jahat.
  • Kerajaaan Kelantan pimpinan Pas tetap istiqamah membela semua nasib rakyatnya tanpa mengira perbezaan bangsa atau kaum.
  • Syabas Kerajaan kelantan! ini bukti bahawa kenyataan Muhyiddin baru-baru ini adalah satu pembohongan apabila mendakwa jika negara diperintah oleh Pakatan Pembangkang rakyat akan ditimpa mala petaka. Sebaliknya kita lihat kesemua negeri di bawah PR nampaknya tidak ditimpa celaka pun malah dipuji oleh dalam laporan audit negara. Cacat sana sini sedikit adalah perkara biasa, gading mana yang tidak retak, bukankah itu peribahasa orang tua-tua kita?
Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License