Sultan Kedah tak perkenan Pas Pusat pantau Azizan?

Wednesday 7 March 2012


Ustaz Azizan

  • Bagi Pas mereka sudah buat satu penyelesaian yang baik apabila berjaya meredakan boikot yang dilakukan oleh 2 orang Exco Kerajaan Negeri Kedah yang secara tiba-tiba berkeras membuat protes walaupun selama ini mereka terkenal dengan sifat lembut tidak suka melawan.
  • Kompromi terhasil untuk kedua-dua exco tersebut menyambung jawatan mereka dengan syarat Menteri Besar akan terpaksa akur dengan keputusan Jawatankuasa Pemandu atau dengan kata lainnya keputusan Ustaz Azizan sebagai pentadbir Negeri Kedah yang mendapat perkenan Sultan Kedah selama ini akan banyak bergantung kepada persetujuan serta khidmat nasihat daripada Jawatankuasa Pemandu.
  • Kalau perlantikan jawatan MB di negeri Kedah dan begitu juga banyak perkara lain dalam hal ehwal sistem pentadbiran negeri Kedah perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu selama ini, mengapakah keputusan Pas Pusat yang menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu bagi memantau disiplin Ustaz Azizan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya pada umum?
  • Dalam banyak hal, apa yang telah berlaku boleh dilihat sebagai satu kemenangan kepada 2 exco yang terbabit sehinggakan Ustaz Azizan terpaksa akur pada penyelesaian Pas Pusat untuk mendapatkan semula perkhidmatan 2 exco tersebut. Ustaz Azizan yang selama ini dikenali sebagai seorang yang tidak suka ikut cakap orang dan bersikap hanya pendapat dia saja yang hebat dan betul tiba-tiba menjadi sebaliknya.
  • Kedua-dua exco masih lagi belum mengangkat sumpah menerima jawatan dan Ustaz Azizan masih perlu mengusulkan kedua nama tersebut bagi mendapatkan perkenan Sultan sebelum boleh dibuat lantikan. Bagaimana pula jika Ustaz Azizan kembali dengan berkata, " maaf! Sultan tak perkenan perlantikan 2 orang exco ini, sila cari yang lain"...apa pulak jalan penyelesaiannya?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License