Semakin kaya dan tinggi status, orang jadi semakin biadab - Kajian

Friday 9 March 2012


  • Secara teorinya ketamadunan terbentuk dengan pembangunan di mana jumlah mereka yang berada semakin bertambah dan mereka hidup dalam status tinggi penuh dengan sopan santun. Begitulah gambaran daripada budaya orang Inggeris.
  • Tetapi dalam dunia sebenarnya ia tidak sedemikian. Semakin kaya seseorang itu atau semakin tinggi status individu nampaknya semakin biadab mereka.
  • Orang yang mengejar kekayaan biasanya akan terlalu obses dengan wang ringgit dan segalanya hanya akan berkisar demi kepentingan dirinya sahaja.
  • Kajian juga mendapati orang miskin lebih banyak mendermakan wang ringgit mereka berbanding orang kaya jika dinilaikan mengikut nisbah. Ini menandakan orang kaya lebih keras hati dalam bab derma.
  • Kajian juga mendapati status keistimewaan membuatkan seseorang menjadi lebih tidak jujur.
  • Pemerhatian kepada tabiat pemandu juga mendapati semakin besar dan mewah kereta yang mereka pandu semakin mereka tidak menghormati orang lain.
  • Itulah antara rumusan daripada kajian yang telah di jalankan di sini. Samada suka atau tidak sebenarnya itu memang menjadi realiti manusia zaman ini. Lihat saja di sekeliling kita di Malaysia ini. Ramai orang-orang kaya dan berstatus tinggi mula menjauhi pergaulan dengan orang ramai dan mereka sebenarnya menjadi semakin tidak berhati perut.
Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License