Isu Yahudi/Zionis: Apa kata Nik Aziz

Tuesday 20 March 2012


  1. Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan kenyataan Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dengan menegaskan pihaknya hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.
  2. Menurut Tuan Guru Nik Aziz, berurus niaga dengan kerajaan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel dan ia merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
  3. Sehubungan dengan itu, menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurus niaga dengan entiti haram Israel.
  4. Umno kononnya mahu menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalin hubungan dagang dengan Israel.
  5. Kerajaan BN sekarang telah mengubah larangan mutlak pengimportan barangan dari Israel kepada Larangan Bersyarat. Ini seterusnya membolehkan barang diimport dari negara Haram itu melalui lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  6. Ini merupakan bukti cerah seterang suluhan matahari di siang hari tentang hubungan dagang kerajaan BN dengan Israel.
  7. Tidak malukah akhbar Umno memainkan isu ini sedangkan dalam Dewan Rakyat menterinya mengaku ada hubungan dagang dengan Israel?
  8. Hakikatnya menerima akidah Yahudi dengan menerima sebahagian dari Al-Quran yang seiring dengan nafsu mereka dan menolak sebahagian yang lain adalah lebih bahaya daripada menerima wang daripada Yahudi.
  9. Nampaknya Umno seperti seekor ayam jantan yang mengepak ke sana ke mari sedangkan ekornya bergelumang dengan taik...ini aku yang tambah. Hahaha! 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License