Salahuddin Bakal MB Johor

Wednesday 8 February 2012

Pesuruhjaya Pas Johor membayangkan siapa bakal menduduki kerusi Menteri Besar Johor selepas kemenangan Pas pada PRU13 nanti apabila mengesahkan persetujuan Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub untuk kembali ke negeri kelahirannya bagi bertanding kerusi DUN pada pru13 nanti.
Kembalinya Salahuddin dijangka bakal menguatkan Pakatan Rakyat di negeri tersebut dalam persediaan menumbangkan Barisan Nasional pada pru13 nanti. Pas akan bertanding di 33 kerusi DUN dan 9 kerusi Parlimen di Johor.
Walaubagaimanapun Pengerusi DAP Johor menegaskan hal menteri besar Johor tidak pernah lagi dibincangkan bersama dalam Pakatan Rakyat dan beliau bimbang kalau perkara itu diperkatakn , orang akan cakap PR gila kuasa pulak.
Bagi saya apa salahnya ia diperkatakan bagi menonjolkan keyakinan serta kesungguhan PR dalam menghadapi pru13 nanti. Ini baru ada komitmen dan ketrampilan dalam berpolitik sekaran. Kalau masih nak tunjuk malu-malu kucing tak mengaku tapi mahu tak payahlah masuk politik, itu zaman sebelum kedatangan Portugis dulu saja boleh pakai. Rakyat mahukan pemimpin yang berterus terang dan sanggup ke hadapan menyahut cabaran sekarang. Steady Pas Johor !!!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License