Saya Tak Perduli Samada Presiden Suka Atau Tak Suka, Yang Penting Allah Suka - Hassan Ali

Monday 12 December 2011

Dr Hassan Ali menyatakan rasa tak kisahnya samada dia terpilih atau tidak terpilih sebagai calon pada PRU-13 nanti. Segala apa yang dilakukan selama ini bukannya demi untuk mendapatkan pengiktirafan Pesuruhjaya Selangor atau hatta Presiden Pas sekalipun. Segalanya dibuat demi Allah semata-mata.

Dia tak perduli samada DAP suka padanya atau tidak dan samada PKR suka padanya atau tidak yang pentingnya dia akan sentiasa memperjuangkan kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang melayu dan keistimewaan agama Islam di negara ini.


Daripada kenyataan dr Hassan Ali ternyata memang benar sebagaimana komen Nakaie tadi dalam berita utama. Dr Hassan Ali adalah seorang yang mempunyai prinsip. Tidak seperti Pas yang bagi Nakaie telah mengorbankan prinsipnya demi mahu mendapatkan sokongan daripada non-muslim di Malaysia. Pas sebenarnya berada di dalam dilema apabila bekerjasama dengan DAP dan juga PKR, tambah Nakaie lagi.

Ada 3 isu yang mahu Dr Hassan Ali perjuangkan dan sanggup bekerjasama dengan Perdana Menteri jika beliau dijemput untuk melakukan atau menyumbang sesuatu bagi menangani isu tersebut:

  1. Mendaulatkan kedudukan raja-raja.
  2. Mempertahankan hak istimewa orang melayu
  3. Menentang usaha berbagai pihak yang mahu memurtadkan orang Melayu.
Jika kita lihat semua yang tersebut di atas hanyalah mainan Umno yang telah mempergunakan semua isu tersebut demi kepentingan politik mereka sedangkan samada DAP atau PKR atau PAS sekalipun tidak pernah mahu merendahkan kedaulatan raja-raja. Tengok bila Kerajaan PR Selangor mahu mengembalikan kuasa perlantikan setiausaha kerajaan negeri pada raja, BN pula yang menolaknya.

Mengenai hak istimewa orang Melayu, memang tak ada sesiapa yang menolaknya cuma kita perlu faham beza antara 'hak istimewa' dengan hak dimanjakan' sehingga lansung tidak kopetitif. Kita juga perlu berhati-hati atas sikap mereka yang selama ini menggunakan nama hak istimewa orang melayu untuk membolot kekeyaan pada melayu yang dia kenal saja.

Masalah murtad pula bukanlah masalah yang baru dan bukan pula ditimbulkan oleh DAP atau PKR atau PAS, ia adalah masalah orang melayu sendiri yang lemah pendidikan agamanya dan lebih mengutamakan material dan keseronokan hidup daripada akhirat. Kita tidak boleh menggunakan isu ini untuk menuduh bahawa pakatan rakyat membantu orang melayu murtad sedangkan masalah pokok tidak kita hadapi.
Share on :

2 comments:

  1. Semakin lama semakin menyerlah perjuangan PAS kini yang semakin tersasar dari perjuangan asalnya...dan yang paling mengguris hati sebahagian penyokongnya adalah kerana PAS sanggup menjadi pecacai kepada DAP semata2 untuk secebis kuasa...!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License