Pelajar Melayu Lelaki Kahwin Dengan Lelaki Mat Saleh Di Dublin - Gambar

Friday 16 December 2011

Ariff pernah dilaporkan hilang sebelum ini.
Kecoh berita ini disiarkan dalam kebanyakkan blog pro Umno yang memaparkan cerita pelajar Melayu Ariff Alfian Rosli yang pada mulanya ditaja oleh Petronas untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di UK. Beliau kemudiannya tidak menamatkan pengajiannya dalam masa yang diberi iaitu pada tahun 2008. Selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ibubapanya dan tub tub ! tersiar beritanya berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh bernama Jonathan di Dublin.

Kesian ibu bapanya. Lebih-lebih lagi ibunya yang mengandungkan dia dan melahirkan serta membesarkan budak itu sehingga muncul sebagai pelajar terbaik di SMK Wangsa maju Seksyen 5. Semakin pandai dia menimba ilmu semakin celaru pemikirannya, entah apa yang tak kena.


Amat zalim apabila ada blogger Umno yang mendakwa bahawa kejadian ini tentu disukai oleh PKR, PAS dan DAP yang mana sudah pasti ia merupakan satu fitnah yang keterlaluan. Jika kita berterusan mempermainkan penyakit yang telah melanda bangsa kita sebegini sampai bilapun kita tidak akan dapat mengubatinya sedangkan hakikatnya penyakit ini sudah ada wujud sejak zaman dahulu kala lagi dan kini ia mula merebak bangsa kita.

Sebagai manusia yang memegang kepercayaan kepada ajaran agama Islam, sudah pasti kita menolaknya dan dalam masa yang sama berusaha mencari pendekatan bagaimana merawat gejala penyakit ini. Cuma mungkin masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.




Share on :

9 comments:

  1. uhh..rasa terhina tengok sbb dia pakai baju melayu.

    bila stkt IQ je tinggi, nilah kesannya.

    ReplyDelete
  2. ujie,
    Setuju, IQ saja tak cukup

    syoknya,
    thanks to you...

    ReplyDelete
  3. hah,ni la melayu,siap dgn sampin lagi.Kita mau Islam,itu yg dapat menjaga iman dan akidah...

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat pakai samping nak malu apa. Kerana Melayu?...eeemmmm...Melayu hanya setakat lubang kubur saja...ISLAM sehingga selama-lamanya.
    Jangan pandang ini isu MELAYU tetapi ini isu ISLAM...

    ReplyDelete
  5. melayu tetap melayu, islam tetap islam, melayu dan islam dua perkataan yang berlainan ejaan dan makna, melayu untuk melayu dan islam untuk semua bangsa....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam semua...

    Kalau iman dan akidah kuat. rendam dalam lautan api sekalipun ia tak berganjak.

    Berapa ramai penganut islam diperingkat awal kene lenyek dengan kafir. Apa impian mereka??? mati dalam islam dan iman. itu je pohon mereka.

    Dimana tahap pendidikan iaman dan akidah anak2 kita di malaysia ini???

    Saya pun tengah gerun...

    ReplyDelete
  8. jadi, adakah agama dia nih masih ISLAM selepas berkahwin dengan gay tuh?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License