Betulkah Dia Ni Orang Umno ?

Friday 16 December 2011

Saifuddin Abdullah
Dalam parti Umno sekarang ini ada beberapa pemimpin yang boleh kita masukkan dalam kategori 'baka baru Umno' atau kata mat saleh 'a new breed of Umno's politician'. Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan salah seorang ahli majlis tertinggi Umno termasuk dalam kategori ini.

Dia merupakan salah seorang yang saya sering memberikan perhatian apabila mengulas sesuatu isu yang melibatkan masyarakat dan juga politik negara.

Kebiasannya ulasannya matang dan seringkali kelihatan seolah-olah dia berada di dalam kandang yang salah. Falsafahnya lebih mirip kepada perjuangan Pakatan Rakyat yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, adil dan telus di mana rakyatnya matang dalam berpolitik.

Mari kita lihat rumusannya dalam wacana PRU-13: Undi Siapa jadi Penentu:


" Saya fikir ada tiga faktor menentukan.

  • Kalau yang protes kepada BN pada pilihanraya 2008, sebahagian besarnya telah kembali.
  • Mereka yang mengundi BN pada 2008, sebahagian besar akan teruskan undi itu dan akan ada pengundi baru.
  • Faktor pengundi baru (yang diperkatakan)
Hakikatnya menunjukkan bahawa kita (PR& BN) 50/50. Tetapi dalam keadaan tertentu ada kajian menunjukkan pilihan majoriti kepada Perdana Menteri masih kepada Datuk Seri Najib. Pilihan golongan minoriti (Kajian UKM), majoriti daripada mereka itu masih memihak kepada BN.

Sebab itu saya simpulkan bahawa dengan penuh rasa rendah diri saya yakin BN masih mempunyai peluang sangat cerah."

Isi penting daripada ulasannya di atas adalah kedudukan PR & BN adalah sama kuat dan dengan pendekatan yang betul pada saat-saat akhir bakal menentukan siapa yang akan menguasai PRU-13. Ini membawa maksud bahawa siapa saja yang bakal menang dalam PRU akan datang tidak dapat mengelak daripada menubuhkan kerajaan yang terpaksa menghadapi kumpulan pembangkan yang kuat. Ini amat baik untuk negara kita asalkan tidak ada yang main kotor dan mengapi-apikan isu sensitif yang membuang masa.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License