Pasti An-Nur Menang Anugerah Terbaik Di Malaysia (Bergambar)

Friday 30 December 2011

Dalam perhimpunan Umno lalu ada perwakilan Umno yang memuji bagaimana Pas memajukan PASTI berbanding Tadika yang diuruskan Kemas. Memang dalam bab kejayaan Pas mewujudkan rangkaian Pasti mereka di seluruh pelosok negara adalah sesuatu yang amat mengkagumkan yang tidak sesiapa boleh menafikannya.

Ini merupakan salah satu bukti betapa usaha yang gigih diselitkan dengan keikhlasan mampu menghasilkan perkara yang hebat. Majoriti Pasti adalah merupakan usaha gigih para ahli Pas di segenap cawangan Pas di seluruh pelosok ceruk rantau negara dan majoritinya memulakannya dengan modal yang amat daif hasil daripada sumbangan para ahli Pas.

Apakah matlamat kewujudan Pasti adalah untuk merosakkan minda kanak-kanak agar menjadi fanatik Pas apabila besar nanti? sudah tentu tidak sama sekali, lihat saja sylabus pelajaran yang mereka ada dan tidak ada satupun sylabus tentang perlembagaan Parti pas.


Apa yang ada adalah sistem pelajaran yang bersesuaian dengan kehendak pelajaran sekolah di negara kita. Anak-anak Pasti dibelai agar mereka bersedia menghadapi persekolahan rendah apabila mencapai umur 7 tahun dengan kebolehan ilmu yang mencukupi untuk mereka mengira, menulis dan membaca dan yang paling penting sekali adalah pendedahan kepada ilmu kefahaman Islam sejak dari kecil agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Salah satu Pasti yang patut diberikan perhatian dan pujia adalah Pasti An-Nur yang diuruskan oleh Pas Cawangan Puchong Intan. pasti ini sering saya tulis isunya kerana mengalami beberapa kontroversi antara Pas cawangan dengan Pemuda Kawasan.

Apa yang jelas adalah Pemuda Kawasan nampaknya tidak tahu menilai mana satu Intan mana satu kaca. Pnegurus Pasti An-Nur yang hebat sengaja mahu disingkirkan atas faktor perselihan politik sempit dan tidak terbuka. Saya yakin ini bukan gambaran sebenar sayap Pemuda Pas, sebaliknya hanyalah sikap tidak matang dan tergelincir Pemuda Pas Kawasan Puchong yang kebetulan diterajui oleh ketua yang tidak berkaliber.

Kehebatan pengurusan Pasti An-Nur terserlah lagi baru-baru ini apabila dinobatkan sebagai sebuah Pasti terbaik dalam pertandingan 3R di seluruh negara. Apa lagi yang mampu kita katakan kepada seluruh pihak pengurusan Pasti tersebut melainkan ucapan Tahniah setinggi-tingginya terutamanya kepada Pengurus Pasti An-Nur yang begitu gigih menjalankan amanah walaupun lansung tidak dihargai oleh Pemuda Pas Kawasannya sendiri.

Lagi koleksi gambar di sini
Share on :

4 comments:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License