Pelajar Perubatan Malaysia Dibunuh Di Indonesia !

Tuesday 8 November 2011

Seorang pelajar Malaysia yang cuba menghalang motosikalnya daripada dicuri di rumah sewannya di Lowokwaru, Kota Malang, Indonesia telah ditetak dsampai mati oeh pencuri tersebut.

Adrian Jay Pereira, 23 tahun berasal dari Klang Selangor sedang mengikuti pengajian perubatan di Universiti Brawijaya, Indonesia. Terdapat seramai 173 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian.

Untuk para pelajar dan juga yang lain, sebelum cuba menyelamatkan barangan kita yang hendak dicuri, fikirkan dahulu keselamatan diri kita dan perhatikan dengan siapa kita berurusan. Adalah lebih baik kita biarkan sahaja barang tersebut hilang daripada nyawa kita hilang.

Barang dan wang ringgit boleh dicari tetapi nyawa tiada galang gantinya. Melainkan anda ramai dan kuat untuk memberkas pencuri, boleh cuba mneghalangnya, jika tidak acah-acah sahaja agar dia lari dan dalam masa yang sama bersedialah untuk lari jika di ancam. Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License