Jamil Khir Baharom Pecah Rekod Dunia !

Wednesday 9 November 2011

Selesai Haji. PM nampak semakin comel berjubah. Poster
PRU13 nanti tentu akan menggunakan Najib siap berpakaian
ihram atau jubah berserban!
Kepulangan PM Najib hari ini dari menunaikan fardu haji di Tanah Suci Mekah dengan membawa satu berita paling menggemparkan apabila dia mengumumkan sambutan paling luar biasa daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap pemerintahan negara kita sekarang.

PM Najib juga mengumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah memecah satu rekod dunia dan mencipta sejarah apabila dijemput berucap memberikan ceramahnya di Mina dalam bahasa Arab. Ceramah yang dibuat oleh beliau merupakan satu-satunya menteri dari Malaysia yang diberi penghormatan sebegitu oleh Kerajaan Arab Saudi. PM Najib juga mengatakan ceramah tersebut dipuji dan diperkatakan di seluruh Arab Saudi!.


PM Najib juga mengumumkan satu lagi rekod dunia tercipta apabila beliau diberi peluang berbual dengan Raja Abdullah yang berada di Riyadh. Mereka berbual selama 25 minit melalui telefon.

Satu lagi rekod dunia dipecahkan oleh PM Najib diumumkan olehnya tadi apabila menjadi pemimpin pertama dunia yang bertemu dengan Putera Mahkota baru iaitu Putera Naif. Mereka dipertemukan selama setengah jam.

Merumuskan perkembangan yang berlaku di Tanah Suci tadi , Najib berkata ini membuktikan Raja Abdullah yang merupakan penjaga Tanah Suci Mekah nampaknya telah merestui pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang ada sekarang dan amat memuji mereka.

Nampaknya pemergian rombongan PM dan delegasinya ke Tanah Suci kali ini berhasil mendapat berkat dari Kerajaan Arab Saudi dan misi mereka berjaya nampaknya. Sudah tentu peristiwa ini menjadi satu modal besar untuk semua orang Melayu memangkah Umno atas restu yang besar Najib terima dari Raja Abdullah.

Haji Najib sudah bersedia untuk berentap dalam Pilihan Raya nampaknya. Ini bakal menjadi ujian pertama baginya semenjak memegang tapuk pemerintahan negara setelah mengambil alih daripada Pak lah.

Modal menunaikan haji digunakan terus sebaik sahaja beliau memijakkan kakinya tadi di tanah air dan selepas ini kita bakal melihat semua poster BN akan memaparkan Najib dengan lengkap berpakaian Ihram.

Agaknya ramai ke orang Melayu akan terpengaruh dengan pemergian Najib yang bergelar Haji sekarang ini???
Sumber
Share on :

5 comments:

  1. Kenapa Najib tak umum rekod ini.

    Ada lagi satu rekod dicipta.
    Rosmah Mansur telah dinobatkan sebagai wanita pertama dunia islam yang tidak menghormati agama islam dengan sengaja mendedadkan auratnya dihadapan bukan muhrim. Lebih2 lagi ini berlaku diTanah Haram.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi rekod dunia dibuat oleh najib..org pertama mendapat gelaran haji 'Al-Marlboro' kerana pulang lebih awal sebelum jemaah selesai mengerjakan haji di mekah!..muakkahkahkah!...pasal apa najib jadi sebodoh itu?..sebab kalau najib cerdik dia tak jadi PM..nak jadi PM kena org yang bodoh tahap sengal mcm najib..muakkahkahkah!!

    ReplyDelete
  3. malam ni 10 nov... pak haji pm kita akan turun ke sek kg jawa klang sempena prog deepavali 1 Mesia, utk sambut dia dtg je duit perabih duit kat 5juta.... dengan khemah vogue & artis2 ternama... berkat doa dia a kot kat sana

    ReplyDelete
  4. Buat pengkritik serta tuan punya blogger..biarlah Najib serta Rosmah buat kerjanya..dia nak pecah rekod dunia ke,nak pecah apa pun..itu antara dia ngn Allah..kita kita ni,tak habis habis nak mengumpat,buat fitnah serta terlalu byk hasrat dengki..aku ni org PAS..adakalanya parti yg kita sokong tu tak semuanya sempurna.Begitu juga dengan PAS.Tak ada yg sempurnanya di dunia ini.Dulu..buat sembahyang hajat..minta pemimpin itu dan ini di turunkan bala..Tapi Allah tu maha Mengetahui..Lagi sihat adalah pemimpin pemimpin tersebut.Entahlah....tak paham aku tentang emosi melayu ni.

    ReplyDelete
  5. azriahmad,
    Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. Doakan kami yang prihatin dengan pemimpin negara ini agar menjadi pendiam dan angguk apa saja yang mereka buat dan membiarkan mereka semua terus menjadi pemimpin negara kita sehingga ke cucu cicit kita...kekalkan orang melayu sebagai bangsa yang tidak masuk campur dengan hal ehwal pemerintahan negara...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License