Calon PR Wajib Ada Akaun FB, Blog, Twitter Dll Jika Mahu Menang PRU-13

Monday 28 November 2011

Barisan Nasional telah mengakui kepentingan internet sebagai salah satu media penting yang perlu diberikan perhatian serius dalam usaha mereka mendekati para pengundi. Selain daripada media tradisional yang rata-rata dikuasai oleh mereka seperti TV, Akhbar dan radio penyampaian tidak akan lengkap jika mereka tidak menggunakan media internet.

Perkara yang sama juga perlu dilihat oleh semua calon-calon atau bakal calon daripada Pakatan Rakyat jika mereka mahu menumbangkan BN dalam PRU-13 nanti.

Oleh itu kesemua pemimpin dan bakal calon daripada Pas, PKR dan DAP wajib aktif dan mempunyai akaun dalam semua media social utama yang ada di negara kita. Golongan pemimpin tuan yang tidak biasa dengan zaman cyber perlu memaksa diri mereka untuk membiasakannya agar mereka mampu sentiasa berinteraktif dengan para pengundi.

Lihat data di bawah untuk mendapat gambaran betapa rakyat negara kita amat ramai yang sudah memasuki dunia cyber.


Baca lebih lanjut di sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License