Ajal Tak Tertangguh - Jurugambar BERNAMA Terkena Peluru Sesat - Putera 1 M'sia Dipersalahkan

Sunday 4 September 2011


Tambahan terkini: " Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahwa sabda Nabi s.a.w.: seseorang kamu tidak akan merasa kelazatan iman sehingga ia mengetahui dengan yakin bahawa sesuatu yang diuntukkan untuknya mesti akan diperolehinya dan sesuatu yang tidak diperuntukkan untuknya pasti tidak akan didapatnya". [Qurtubi : 17/258]

Teringat kata-kata seorang sahabat baru-baru ini. Kalau dan memang ajal seseorang sampai, segala perbuatannya hanya akan menjuruskan kepada asbab kematiannya. Seperti kematian jurugambar Bernama, semuanya tersusun rapi bagi membawanya kepada lokasi dan akhirnya terkena peluru sesat ketika sedang berada di dalam kenderaan dan ianya menjadi sebab dia menemui ajalnya...jadi tak payahlah kita berkata "kalaulah...."

Saudara mara si mati mahu NGO Putera 1 Malaysia bertanggung jawab dengan kejadian yang menimpa kat sini







Share on :

5 comments:

  1. kenapalah bodoh sgt ni..

    memanglah ajal sudah sampai menyebabkan kematian. itu HAKIKAT.

    SYARIATnya kita kena berusaha supaya hal (musibah) tersebut tidak berlaku.

    Jika demikian tak payahlah susah payah heret dan dakwa orang yang melanggar seseorang di dalam kemalangan jalanraya sebab dah tertulis orang yang kena langgar itu mati..

    naperlah ada si bodoh ni dalam Pakatan Rakyat?

    PAS tak payah bertanding sebab dah tertulis PAS kalah...

    celaka punya blogger

    ReplyDelete
  2. setuju dgn anon diatas...xkn org yg angkt sumpah tuduh org meliwat leh bg pkai baju kalis pelury..tp wartawan yg bertugas ditmpt yg tmpt bahaya x diberi keutamaan keselamatan..ngn kendaraan yg diguna pn xde simbol n stiker media..tue yg org pertikaikn..ish tue pn x fhm ker?

    ReplyDelete
  3. blogger sial mana ni..kalau sume berserah je camtu..x payah lah tunggang motor guna topi keledar atau pandu kereta x payah lah guna tali pinggang keledar.

    ReplyDelete
  4. Kepada yang pandai-pandai di atas,

    Saidina Ali berkata tak beriman seseorang muslim sebelum ia yakin apa yang dia dapat tidak akan dia tidak dapat dan begitulah sebaliknya.

    Maknanya, kalau dah matitu matilah tak payah nak kalau lah dia pakai baju kalis peluru, sudah tentu dia tak akan mati....apa bolehkah perkara yang sudah berlaku berubah.

    Kita ikhtiar untuk perkara yang belum berlaku, bagi yang masih bernyawa dan masih hidup maka ikhtiarlah, jangan campakkan diri kamu dalam bahaya, itu wajib, siapa tak buat berdosa...maka usahalah.

    Dalam kes dakwaan bagi mereka yang langgar orang pulak, itu undang- undang sebab bersalah langgar orang, bukan untuk hidupkan semula si mati. kalau hudud orang yang bunuh orang hukunya bunuh jugak, bukan nak hidupkan semuala si mati, tapi itu perintah Tuhan, undang-undang.

    Kenapa tak boleh bezakan antara yang telah berlaku, sedang berlaku dan belum berlaku.

    Bukankah dalam akidah ahli sunnah wal jamaah, usaha tidak memberikan bekas...habis kenapa berusaha?...kerana itu suruhan Tuhan, bukan dengan usaha itu pasti memberikan kejayaan...

    Nah sekarang agaknya siapa yang bodoh???

    ReplyDelete
  5. Rasanya tiada masalah dalam memahami tulisan WartaShubhi mengenai perkara ini. Inilah salah satu kehebatan Allah s.w.t sebagai pengendali alam dan makhluk yang diciptakanNya dan Dia tidak sekali kali menzalimi hambaNya.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License