Kerajaan BN Juga Iktiraf Komunis, Bukan Mat Sabu Saja - Aziz Bari

Wednesday 7 September 2011

Prof Aziz Bari mengulas isu Mat Sabu yang dikatakan mengiktiraf perjuangan komunis menentang penjajah British sebelum merdeka dulu dengan berkata bahawa perjanjian damai yang berlaku antara kerajaan dengan PKM pada tahun 1989 dahulu boleh dilihat sebagai satu tindakan mengiktiraf parti yang itu.

Apabila sesuatu perjanjian dimeterai dengan sesebuah kumpulan itu membawa maksud mengiktiraf kumpulan tersebut. Ini merupakan hipokrasi kerajaan BN yang jika mereka yang melakukannya semuanya tidak apa, sebaliknya jika pembangkang yang buat semuanya menjadi salah.


Dia juga memberi contoh bagaimana kerajaan menangkap pembangkang yang menganjurkan larian merdeka seolah-olah apa saja acara memperingati merdeka hanya boleh diraikan oleh BN sahaja sedangkan ia adalah untuk semua rakyat Malaysia. tak kira apa fahaman politik mereka.

Aziz Bari juga membenarkan kenyataan Prof Khoo Kay Khim yang berkata Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, mereka cuma menjadi kerajaan pelindung. Negeri yang dijajah hanyalah Pulau Pinang dan Melaka. Tapai itulah hanya teknikal. Hakikatnya British menguasai segalanya di tanah melayu dan mengatur semua aktiviti dan masuk campur dengan semua urusan.

Baca laporannya di sini


Share on :

1 comment:

  1. Pemimpin UBN sanggup mengatakan apa sahaja demi menegakkan benang basah. Semua orang dah tahu sejarah dipesongkan untuk Umno. Sejarah orang lain memang tak ada, selain sejarah Umno. Orang lain tak ada kaitan dengan sejarah. Jadi Malaysia ini milik Umno. Umno pun menjajah fikiran orang Melayu agar setia kepada Umno. Lama kelamaan orang jemu.Muak. Ahli sejarah yang Umno juga dicuit supaya bercakap, dan kenyataan terbaru, dia kata sejarah Mat Indera belum jelas, belum sah, Najib perlu sahkan, kalau dia tak sah, tak boleh pakai, gitulah agaknya sejarah malaysia dibentuk. Macam sejarah Melaka yang tak sah lagi. Ini yang diajar oleh guru sejarah Umno.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License