Pernah Beli Kerang Di Pasar Chow Kit?, Anda Tentu Tak Mahu Baca Laporan Ini !

Thursday 18 August 2011

Tempat membasuh dan membungkus kerang di pasar Chow Kit terletak sebelah menyebelah dengan tempat melapah dan memotong daging babi. Di situ jugalah merek buat kerja mengopek kerang dengan lantai yang digunakan tersebut sentiasa digenangi darah air yang mengalir bercampur dengan darah babi.

Penemuan ini dibuat oleh sekumpulan pegawai Jakim Dan Jawi yang membuat pemeriksaan mengejut di sekitar kawasan pasar Chow Kits bagi melihat tahap kebersihan kawasan itu untuk kepentingan umat Islam dan juga orang ramai.

Serbuan yang dijalankan kelmarin pada pukul 5 pagi mendapati kerang sebanyak 50 kilo terlonggok di lantai di mana seekor babi yang baru di belah berada sejauh 2 meter dari tempat pekerja membungkus kerang.


Apabila ditanya, pekerja seolah-olah tidak rasa itu sesuatu yang boleh mengundang rasa tidak senang terhadap orang Islam. Dia berkata kerang itu akan di basuh dan dibungkus untuk dijual di pasar berkenaan.

Inilah susahnya apabila orang bukan Islam lansung tak tahu dan tak faham bagaimana perasaan umat Islam terhadap najis babi. Ini juga patut mencetuskan rasa insaf kita umat Islam agar sentiasa berurusan membeli barang makanan hanya daripada sumber orang Islam sahaja.

Kadang-kadang kita ambil remeh perkara sebegini kerana pada anggapan kita kalau kita beli kerang dari orang bukan Islam pun tak apa kerana kerang akan dibasuh sebelum kita rebus atau buat lauk. Tapi sanggupkah anda ambil kerang yang bergelumang dengan darah babi seperti itu dan membasuhnya lalu merebusnya untuk dimakan.
Share on :

4 comments:

  1. takkan org bukan islam nak jaga kesucian org islam......paham2 sendirileee. Belilah yg made by muslim....Insyaalah ok kot.Taktau kot muslim pun ambik bekalan dekat non muslim....2x5 dan p mai, p mai tang tu. wallahualam

    ReplyDelete
  2. Ada bro produk org Islam. Tapi kerang ni ada susah sket nak dapat. Tapi kalau sipeniaga2 kedai makan mereka tak peduli, janji ada bekalan dan murah dan mudah dapat. lagi pun mereka main oder saja tak tau sipembekal kerang dapat dari mana. Bayangkan najis babi tu merebak kekedai2 makan Islam... Hal ini samalah dgn bekalan ayam... peniaga2 pasar malam, peniaga kedai makan dan warong, kedai2 mamak, mereka ini bukan peduli ayam tu datang dari mana. mereka tak tau pun sembelih ikut syariat atau tidak. Janji ada bekalan. SiPembekal yg menghantar ayam2 tu pun tak peduli... ayam sembelih ke tidak ke, janji dapat jual ayam... jadi siapa yg peduli... mana JAKIM, mana JAIS, mana org yg yg mengaku bertanggungjawab dan berkuasa keatas Islam di m'sia.... semua tanggung dosa... sebab tak tunaikan tanggungjawab... Jadi kita sendiri kena cari dari sumber yg halah... sebagai contoh produk HPA dan Az-Zain ada produk2 halal... Ingatlah mencari yg halal itu fardu...

    ReplyDelete
  3. Kita sering berdoa . Adakah doa itu maklbul. Bila kita makan yang haram lebeh baik tak usah berdoa tentu tak diterima Allah. Sedeh sumggoh di Malaysia ni nak makan pun susah bagi orang yang beriman .

    ReplyDelete
  4. Kita bertjwb dgn apa yg kita masukan dlm perut kita. Sekali benda haram masuk kedlm perut kita 40 hari amalan x diterima Allah.

    Jangankan masalah kerang cuba byangkan kalau hari puasa pertama kita makan murtabak or roti john yg telurnya tak di basuh. Habis dgn puasa enam sekali hanyut.

    Pemerintah kena pastikan keperluan org islam yg ada di pasaran adalah halal.

    Saper yg amik tau skrang ni tntang makanan yg kita makan. Setiap dari kita bertjwb. Sbb tulah perangai anak2 pun pelik2 skrang ni.

    Sptatunya Kursus yg diberikan kpd pngusaha makanan mestilah termasuk soal halal haram bukan sekadar menjaga kebersihan dari sudut kesihatan.

    Kita tidak boleh paksa bukan islam faham isu halal & jaga makanan kita.

    Asingkan pasar muslim dgn non muslim. Dgn suasana yg ada sekarang ini tawakkal alallah sajalah.

    Nak masuk bazar ramadhan pun seriau. jangan kata nak beli nengok pun makanan mcm nak di bagi itik mkn pun ada. Telur2 berada dlm tray yg dari kedai. kalau depa bwak reban sekali tak taulah nak kata.

    yg heranya yg membeli mcm nak bawak bekal pergi perang.

    Sendiri mau ingat wahai saudara2 ku dunia & akhirat.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License