Pemuda UMNO & PR Bersatu Mahu Perubahan Sistem Pilihanraya Negara

Thursday 28 July 2011

Pemuda Umno mengaku perlunya pembaharuan dan pembaikan dalam sistem pilihanraya kita. Mereka mahu pemuda Pakatan Rakyat sama-sama bergabung membantu perubahan tersebut tetapi secara perbincangan dan bukannya dengan turun berdemo di jalanan.

Baguslah jika kedua-dua pihak yang bertanding sama-sama berhasrat menjadikan merealisasikan pertandingan yang adil dan saksama. Biarkan rakyat benar-benar membuat keputusan mereka tanpa digula-gula atau diputar-belitkan. kalau menang lebih bermakna dan kalau kalah tidak terkilan.

Janganlah pula hanya pemuda Umno yang mahukan perubahan tetapi orang tua Umno pula tak mahu. Sebenarnya jika benar Umno juga ikhlas mahu memperbaiki sistem pilihanraya yang ada, mereka dapat memainkan peranan yang lebih berkesan berbanding PR.

Sebagaimana kata SPRM, kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa untuk melakukan sebarang reformasi terhadap sistem yang ada. Pemuda Umno perlu menyakinkan orang tua Umno untuk turut sama bersifat terbuka dan tidak menyerang sebarang usaha membaharui sistem sebagai cubaan menggulingkan kerajaan yang ada.

Jika pertandingan adil dan saksama siapa saja boleh menang, rakyat yang menentukannya dan tidak semestinya PR menjadi pilihan rakyat. Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat maka dialah yang bakal menjadi pilihan. Ini dapat membantu pembangunan negara kita dengan lebih baik dan hasilnya untuk semua rakyat jelata. 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License