PAS Memang Kolot Tolak Biometrik - Muhyiddin

Tuesday 26 July 2011

Kolot depa tu woi !
"PAS memang suka tolak benda yang baik, mereka kolot" itulah balas TPM apabila ditanya tentang penolakan Pas terhadap sistem baru yang dicadangkan oleh SPRM.

Tadi masa forum Bersih dan SPRM, Timbalan Pengerusi SPRM menerangkan bahawa apa saja cadangan bagi perubahan terpaksa melalui parti yang memerintah, ertinya kalau tak sesuai dengan nafsu pemerintah segalanya akan ditolak mentah-mentah.

Saya yakin dan pasti bahawa proses sebenarnya adalah terbalik. Kerajaan memerintahlah sebenarnya yang akan mencampakkan cadangan kepada SPRM untuk diketengahkan dalam urusan pembaikan sistem pilihanraya.

Sebagai suruhanjaya yang mengikut telunjuk parti memerintah maka SPRM akan bertungkus lumus mencari 1001 alasan bagi dikemukakan kenapa rakyat perlu menerima sistem yang dicadangkan.


Seperti biasa, semua projek yang datang dari BN sudah tentu datang dari kertas cadangan seseorang yang berotak geliga yang melihat segala peluang pembaikan untuk negara sebagai peluang untuk menjadi kaya. Maka si otak geliga tersebut akan menghampiri pimpinan tertinggi bagi meng-endorse kertas cadangannya.

Kertas cadangan yang dianggap baik sudah tentu cadangan yang memberikan kelebihan kepada parti pemerintah, berkos tinggi, projek terhebat dan bertaraf dunia, tidak pernah dilakukan oleh negara lain kerana yang pertama di dunia (sebab nak tunjuk pada rakyat yang kerajaan ini hebat) dan yang paling utama keuntungan projek dapat dikongsi bersama (Kongsi dengan siapa anda boleh teka sendiri).

Cuma satu soalan yang terfikir di benak fikiran saya, setiap pengundi akan diperiksa melalui sistem biometrik dan cap jarinya juga akan disemak. Ini bagi memastikan bahawa pembawa kad pengenalan merupakan orang sebenar yang datang mengundi.

Kad pengenalan adalah kad yang dikeluarkan oleh kerajaan dan diberikan kepada mereka yang layak sebagai warga negara. Kewarganegaraan juga kerajaanlah yang memberikannya melalui proses-proses tertentu. Tiada siapa yang semak kepada siapa kewarganegaraan diberikan. Jadi sudah tentu mereka yang mendapat kad pengenalan membawa identiti sebenar ketika mengundi.

Bagaimana pula dengan mereka yang namanya terdapat di 3 pusat mengundi? orang yang sama juga yang akan pergi mengundi yang mana proses semakan biometrik akan sentiasa mengesahkannya. Biometrik tak akan memberitahu pada pemeriksa bahawa si anu telahpun pergi mengundi di saluran 3, pusat pengundi A.

Jika seorang boleh mengundi di 3 pusat mengundi, 300 orang akan membuahkan hasil 900 undian yang berpihak kepada parti pilihannya.....apakah biometrik mampu menyelesaikan masalah ini?...melainkan jika sistem dakwat digunakan.

Kadangkala teknik yang kolot lebih mendatangkan hasil yang hebat berbanding dengan teknik yang canggih. Bukankah pembuatan jam secara manual lebih mahal harganya daripada jam yang dibuat secara komersial besar-besaran.

Kolot tidak semestinya jahat, moden tidak semestinya jujur....

BERNAMA - PAS Too Orthodox For Rejecting Biometric System - Muhyiddin
Share on :

3 comments:

  1. PAS, DAP & PKR tak nak pakai sistem Biometrik ni pasai depa susah nak tipu....TGHA pun rasanya tak nak pakai jugak pasai ianya besi...macam video Anuar tu...!

    ReplyDelete
  2. apa sistem pun tak kisah asalkan adil, telus, berwibawa atau tiada penipuan, penyelewengan, berlawan dipadang yang sama, dengan syarat yang sama, bukannya pengadil yang memihak. tetapi masalahnya, boleh ke percaya dengan perompak yang diamanahkan menjaga peti besi (peti duit) nama pun SURUHAN JAYA PENIPUAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  3. Pas Bukan kolot... Hanpa ingat lagu tu sebab tak dapat tipu depa cara biometrik... celup jari kan senang... pakai biometrik karang bila indon tamprint kenyit mata hulur 50 setal... hang betul-betul lembab.. taulah projek tamprint tu adik hang punya....

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License