Sekarang Pakai Baju Kuningpun Boleh kena Tangkap !

Sunday 26 June 2011

Polis hari ini memberkas 8 orang lelaki di Taman Kosas, Ampang kerana memakai t-shirt kuning tertulis perkataan bersih 2.0. Lapan lelaki berkenaan dikatakan menimbulkan huru hara di seluruh Ampang dengan menaiki motosikal, sebab itulah mereka diberkas, kata polis Ampang.

Sehubungan dengan kes yang sama, polis menygeluarkan kenyataan bahawa kumpulan yang diberkas seramai 31 orang di Pulau Pinang semalam dikatakan mahu menggunakan bersih 2.0 untuk menyerapkan fahaman komunis.

Mereka dikatakan menjadikan pemimpin Parti Komunis Malaya sebagai bahan promosi mereka apabila dituduh terdapat cetakan gambar pemimpin PKM seperti Rasyid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah bersama dengan mereka. Baca laorannya di sini.


Ketua pemuda Umno dan juga timbalannya pula hari ini melaporkan bahawa mereka mendapat ugutan bunuh daripada Anon. Pemuda Umno juga tidak mahu melepaskan peluang turut sama mahu memeriahkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 julai ini. Tapi nampaknya mereka lebih sukakan warna darah daripada warna kuning. Baca sini.

Tadi saya nampak dalam Berita Utama TV3, geng-geng Patriot sipa dengan pakaian warna darah begitu lantang mengecam Bersih 2.0. Mereka terdiri daripada  wira-wira Umno yang handal-handal berikrar setia mempertahankan negara. Tapi nampak ketua-ketua mereka lebih mirip MIC daripada Umno. Warna merah atau kuning nampak terlalu garang apabila dikenakan pada badan mereka.

Presiden Umno pula memberikan perkenan beliau untuk menggalakkan pemuda Umno turut sama turun di jalan. Kata Najib apa salahnya kalau pemuda Umno nak turun sama. kalau Baju kuning boleh berhimpun, baju darah juga tidak mahu ketinggalan katanya. Baca sini.

Sepertimana tulisan MSO dalam blognya hari ini, UBN memandang serius dengan Bersih 2.0, bekas menteri BN meramalkan kalau dulu bersih pertama membawa kepada kejatuhan 5 negeri dan BN hilan majoriti 2/3, kini dengan Bersih 2.0 yang nampaknya bakal menggandakan lagi sambutannya dengan gandaan 5 kali, bakal menjatuhkan terus penguasaan BN di Malaysia.

Sama-sama kina nantikannya. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tak sabar nak tunggu 9 Julai 2011.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License