Bar Council Itu "Majlis Anak Haram Jadah" - Ibrahim Ali !

Tuesday 28 June 2011

Hero Perkasa hari ini buat ulasan panjang lebar hentam habis semua orang yang cuba membangkang kerajaan. Mula-mula dia tuduh Bersih 2.0 bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, dengan itu dia hentam habis Ambiga, Tian Chua, Theresa dan mat Sabu, semua mereka adalah balaci Anwar katanya secara tidak lansung.

Kemudia dia hentam Suhakam yang katanya bagi rakyat keliru dengan mengatakan hasrat perhimpunan Bersih tidak melanggar perlembagaan.

lepas tu dia maki Majlis peguam dengan mengatakan mereka hanyalah majlis anak haram jadah yang kerja mereka hanyalah menyokong segala perkara yang menentang kerajaan.

Ibrahim Ali ni duduk tang mana tak tahulah, nampaknya dia lebih Umno daripada orang Umno sendiri. samalh dengan geng-geng bebas macam Zaharain dan Zul Kulim, nampaknya semakin hari semakin bertungkus lumus memastikan mereka ada tempat bertaut untuk bertanding pada PRU-13 nanti. Yalah nak buat macam mana jadi MP tu dah merupakan sumber periuk nasi mereka agaknya.

Share on :

1 comment:

  1. Brahim Ali ni langsung tidak mencirikan seorang yg pemimpin yg berbangsa melayu. Dengan sikap peribadi yg buruk, pemikiran yg kebudak-budakan dan langsung tidak mencirikan karektor sebagai seorang tokoh pemimpin Melayu.

    Pemikiran yg terbatas pada unsur perkauman dan mungkin kurangnya didikan agama drpd kedua orang tua yg menyebabkan beliau membesar sbg seorang yg jumud.

    Bukanlah tujuan sy untuk memperlekehkan beliau, tetapi itu dpt dinilai melalui pimikiran dan ucapan beliau yg langsung tidak selari dgn keadaan ekonomi, sosial dan politik yg berterusan maju dan matang, detik demi detik.

    Tidak mustahil Bangsa Melayu bakal runtuh akhlak, sosial, ekonomi dan pelbagai lagi seperti mana bangsa-bangsa yg pernah wujud di muka bumi ini suatu masa dahulu.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License