Cubaan Hidupkan Fahaman Parti Komunis Malaya Cerita Bohong - Pengerusi PSM

Tuesday 28 June 2011

Pengerusi PSM
Penangkapan 30 orang ahli PSM baru-baru ini di Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan menghidupkan fahaman komunis di negara kita. Sudah tentu bagi kebanyakan rakyat yang celik politik melihat tuduhan tersebut sebagai satu cerita lawak dunia cyber yang sukar untuk diterima.

Tapi bagi pihak polis, ia bukanlah satu cerita lawak. Mereka memang diajar untuk sentiasa mengsyaki sesuatu keadaan kepada kemungkinan yang paling buruk yang boleh difikirkan agar mereka sentiasa bersedia dalam keadaan yang paling sukar.

Perumpamaan pihak polis dalam zaman moden kita ini terutamanya di negara kita adalah sebijik dengan sikap Laksamana Hang Tuah pada zaman kesultanan Melaka dahulu. Sebab itulah kerajaan mengangkat Hang Tuah sebagai ikon masyarakat kita dan mempromosikannya secara besar-besaran.


Hang Tuah merupakan seorang pegawai yang tahap tiada limit kepada majikannya. Apa sahaja suruhan majikannya perlu ditaati tanpa ada soal jawab. Apabila Sultan Melaka memerintahkan agar Hang Jebat dibunuh kerana mendurhaka pada Raja, tanpa ada belas kasihan Hang Tuah melaksanakannya sehingga berjaya.

Walaupun itu bermakna membunuh seorang sahabat karib sejak kecil yang memberontak demi membalas ketidak adilan pemerintah yang berlaku pada Hang Tuah sendiri. Dalam satu segi pegawai seperti Hang Tuah memang merupakan satu keperluan yang wajib ada pada kerajaan yang telus, bijaksana dan adil. Kombinasi para pegawai yang taat bergandingan dengan pemerintah yang adil telus dan bijaksana mampu mengharmonikan sesebuah negara.

Namun dalam keadaan dunia moden di mana tahap akal sepatutnya tinggi dan capaian maklumat yang bergerak pantas seperti sekarang ini, kita perlulah sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam membuat pertimbangan yang mana satu patut dan yang mana tak patut.

Kita perlu ingat satu hari nanti kita akan mati dan di sana tiada sesiapa yang mampu membantu kita menyelamatkan diri dari bertanggung jawab terhadap segala pertimbangan kita ketika melaksanakan tugas. Di alam kubur kita akan dibiarkan keseorangan.

Balik kepada tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis tadi, hari ini pengerusi PSM menafikan yang mereka ada berbuat begitu. Ada kemungkinan beberapa ahli mereka ada membawa pakaian yang tercetak gambar pemuka-pemuka parti komunis malaya seperti Rasyid maidin dan Chin Peng. Pakaian seperti itu memang ada terdapat dijual berlonggok di KL.

Kalau Rasyid Maidin tahu ada orang yang masih mahu menghidupkan PKM di Malaysia sudah tentu dia akan tertawa kuat sedangkan dia dalam menghabiskan waktu tuanya di sebuah perkampungan di Thailand menjadi guru mengaji Quran kepada masyarakat Islam di kampungnya di sana.

Ternyata ada golongan yang berusaha keras mahu memastikan Bersih 2.0 gagal dan tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Mereka cuba mereka cipta apa saja alasan bagi mentohmah para penyokong Bersih 2.0 sehingga ke tahap yang melucukan.

Baca penafian pegerusi PSM di sini.
Share on :

1 comment:

  1. sekiranya pergolakan berlaku semua akan menerima kesan termasuk generasi yang akan datang

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License