Pasangan Bercerai Berlaku Setiap 15 Minit Di Malaysia !!!

Saturday 25 June 2011

Institusi keluarga sedang dilanda masalah kronik di negara kita. Laporan menunjukkan terdapat satu kes perceraian berlaku setiap 15 minit. Apakah majoriti kes perceraian berpunca daripada masalah seks?

Berita yang agak melegakan adalah kajian menunjukkan bahawa 98% daripada remaja menolak seks sebelum berkahwin. Kajian dilakukan pada 2 negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia.

Dalam satu kaji selidik lain, sebanyak 69% daripada wanita negara kita percaya wanita perlu memakai tudung manakala di Indonesia pula hanya 38% wanita merasakan wanita perlu memakai tudung.

Dalam kes poligami, 72.7% daripada kaum wanita negara kita menolak poligami manakala di Indonesia pula sebanyak 86.5% menolak poligami. Wanita negara kita nampaknya lebih banyak yang menerima poligami, namun jumlahnya masih terlalu sedikit. Memang itu lumrah manusia terutamanya wanita.

Semua kajian di atas dibuat berikutan isu penubuhan kelab isteri taat yang mencetuskan perbahasan hangat di negara kita. Malah kelab tersebut telah menjalar luas ke negara-negara lain dengan begitu aktif sekali. Baca laporannya di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License