Kerajaan Perak Lulus Tanah 60 Hektar Pada Syarikat Tidak Aktif

Monday 20 June 2011

Pelik bin ajaib apabila sebuah syarikat tidak aktif yang hanya mempunyai modal RM100 di anugerahkan sebidag tanah seluas 60 hektar bagi memajukan projek gas asli yang bernilai RM5.8 Billion !

Agak-agaknya bagaimana sebuah syarikat yang tidak aktif, tidak mempunyai rekod di SSM dan hanya ada RM100 modal berbayar mampu membangunkan projek yang bernilai berbillion-billion ringgit tersebut.

Baru-baru ini exco kanan Kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menarik pelaburan bagi mengusahakan projek pengeluaran gas bernilai RM5.8 billion.

Sudah tentu ada yang akan jadi jutawan segera apabila syarikatnya dianugerahkan sebidang tanah seluas 60 hektar. Tanah seluas itu boleh dicagarkan pada mana-mana bank untuk mendapatkan wang modal buat berniaga dan perniagaanpun sudah ada, diberikan sendiri oleh kerajaan negeri Perak.

Hahaha macam nilah hero-hero businessman kita dibina melambung naik menjadi jutawan dan kemudiannya mereka ini juga akan sering diundang untuk berucap pada para usahawan atau bakal usahawan, lalu terhamburlah nasihat yang penuh sardis agar para usahawan membina jiwa kental , menambah ilmu, jujur, sanggup gagal, kuat bersaing, sabar 50 kali sabar, dan seribu satu macam lagi nasihat peringkat tinggi.....

Dan para usahawan lain pun kagum padanya dan berkata dalam hati...patutlah dia berjaya!

Maklumat diambil dari Sinarharian, 19 jun 2011 m/s 19
Share on :

1 comment:

  1. ini akn memberi kesan kpada kerajaan negeri tersebut. ketidak berkesanan terhadapa penilain kepada syarikat yang berpotensi....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/handmade-motorcycles.html

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License