Serah Memo Pada Agong Kerja Sia-Sia - Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Thursday 23 June 2011

Agong hamyalah satu simbol, simbol dalam perlembagaan dan tidak ada apa-apa kuasa eksekutif dan tidak ada apa-apa peranan dalam penguatkuasaan, semua itu ada pada Perdana Menteri. kalau mahu serahkan apa-apa memorandum adalal lebih sesuai serahkan pada PM. Demikian kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi ketika ditanya komennya tentang Bersih 2.0

Katanya lagi kalau adapun kuasa atau peranan agong, ia adalah dalam lingkungan hal ehwal Bumiputera dan Islam. Itupun katanya lebih elok dan sesuai serahkan bantahan seumpama itu kepada kuasa eksekutif iaitu PM.

Tetapi kalau ada sesiapa perlekeh kuasa agong atau kuasa raja-raja, maka bala akan menimpanya apabila tindakan diambil oleh penguatkuasa.

Adoi rasanya macam terawang-awang tentang falsafah perlembagaan beraja ni, raja adalah seseorang yang amat berkuasa dan dalam masa yang sama tak boleh buat apa-apa....sikit punya pening, lebih mudah baca hikayat Mahabrata, walaupun tidak berpijak dibumi nyata masih ada kepala ekor ujung pangkalnya.

Share on :

3 comments:

  1. Suka hati mak bapak akulah nak serah memo pada sapa pun. Kalau depa nak serah memo pada bini-bini aku ka, mak-mak mertua aku ka, pak-pak mertua aku ka, hang peduli apa. Hang jaga Parlimen sudahlah.

    Kalau dah kata serah memo pada Agong kerja sia-sia jadi UMNO/BN nak takut apa? Beri jalan saja la.

    Kalau aku jadi hampa, aku suruh semua peniaga-peniaga di sepanjang jalan utama di seluruh pelusuk negara tambahkan bahan jualan... maklumlah mereka datang nak makan, nak minum. Patutnya sambut para peserta BERSIH 2.0 dengan pesta besar-besaran. Ingat senang setengah juta nak datang dalam sehari. Paling lekeh pun RM15 harus terbang punya. Patutnya ini dimasukkan sebagai sebahagian 'Temasya Curi-Curi Malaysia'

    Itulah aku dah kata pemimpin UMNO ni bodoh... tak ada nilai ekonomi langsung.

    Aku tak caya PM kita pandai buat kerja, sebab semua idea-idea dia bodoh belaka. Buat Kedai 1 Malaysia... murah konon. Kedai tu je yang murah, kedai lain tak mampu nak tawar harga tu... tapi kalau Pakatan Rakyat memerintah insyaAllah semua kedai di seluruh Malaysia akan mampu menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Apa punya bodohlah media Malaysia ni... satu kedai bagi murah dicanang seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Jadi Timbalan Speaker yg bodoh lagi sia-sia

    ReplyDelete
  3. makin panas...kita semua perlu membuat penilain yang sewajarnya....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/tragedi.html

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License