Mengapa PAS dan Umno Tak Boleh Bersatu

Saturday 7 May 2011

KUALA LUMPUR: Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa UMNO dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel. Penjajahan yang zalim, yang mencekam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
  
1) Bagaimana PAS boleh bersatu dengan UMNO, sedangkan UMNO lah yang 'menjajah' bumi & rakyat Malaysia - bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia; mencekam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat & bumi Malaysia.


2) Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni UMNO) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum ALLAH swt?

3) PAS akan terus perjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang negara agar:-
  • Badan Keadilan dan Perundangan (Judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen;
  • SPR / SPRM / ROS diletakkan di bawah Pengawasan Parlimen;
  • Pembentukkan IPCMC dan letakkan IPCMC ini di bawah pengawasan Parlimen. Kesimpulannya kembalikan “Supremacy of Parliament” yang telah di nodai oleh Kerajaan UMNO / BN semenjak merdeka lagi.

4) Jika UMNO jujur dia membentangkan pindaan Perlembagaan dan Undang-undang

5) Kalau UMNO itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu. Tubuhkan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat pembelian kapal selam scopene; bagi menyiasat saham-saham allocation untuk Bumiputra daripada 1970 sehingga sekarang siapa penerimanya; bagi menyiasat penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004 - 2009; bagi menyiasat Kes Kematian Sarbani (Kastam); bagi menyiasat kes PKFZ.

" Kami menentang parti UMNO bukan kerana dia UMNO, KAMI MENENTANG parti UMNO KERANA MEREKA ZALIM, MEREKA MENINDAS RAKYAT MALAYSIA, MEREKA PEROMPAK HARTA NEGARA DAN MEREKA (Parti Umno bukan ahli Umno) ADALAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA !". Wallahalam

 
Datuk Haji Mahfuz Haji Omar
Naib Presiden PAS
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License