Kaki Gaduh Penang Ditangkap, Cuba Ceroboh Dewan Kacau Lim Guan Eng !

Tuesday 3 May 2011

Mohamed Ghani Abd Jiman tak puas hati pada ketua menteri Pulau Pinang sejak tahun lepas lagi. Tahu lepas dia ajak Lim Guan Eng bertumbuk, siap suruh Lim Guan Eng pilih tempat kat mana nak bergaduh dan suruh pilih jenis kuntau mana yang Lim Guan Eng suka, samada tomoi, tinju atau gusti. Baca kat sini.

Orang tak bertamadun memang lebih suka bertumbuk daripada berbincang, bagi mereka undang-undang tak berapa cukup untuk menyelesaikan masalah. Biasanya orang jenis macam ni kurang pelajaran dan kurang membaca.


Hari ini dia ditangkap bersama dengan 3 lagi pengikutnya ketika cuba panjat pagar nak serahkan memorandum pada Lim Guan Eng. Mereka buat kaca bersama-sama dengan 50 orang lagi penunjuk perasaan. Kalau setakat 50 orang eloklah di bawa berbincang secara diplomasi dan bertamadun, kalau tak mau elok bawa 5,000 orang untuk buat demo baru ada suara ramai.

Semuanya berpunca apabila mereka tak dapat berniaga tahun lepas pada bulan ramadan di Komtar kerana kerja-kerja pembaikan. Sejak itu macam-macam pakar tinju tu buat. Dulu dia buat kecoh apabila mengusung keranda sana sini nak hantar pada Ng Wei Aik, wakil DUN Komtar. Selama 6 tahun lalu dia berniaga di sana tanpa masalah, kena masalah sikit dah gelabah tak tau nak selesai cara bijak. Baca kat sini.

Ada sekali kaki gaduh ini mahu dibantu untuk mengubah kiosk perniagaannya ke kawasan sementara yang telah ditetapkan, tapi dia terus ajak semua yang datang nak bantu tersebut bertumbuk. Dia kata dia tak tahu menahu tentang perubahan tempat berniaga dan kerja renovasi kat situ, siapa pegang barang atau kiosk dia akan di belasah, habis semua orang tak berani kacau dia. Dia kata dia tak pernah gagal bayar sewa tapi ternyata rekod menunjukkan dia banyak hutang pada PDC. baca kat sini.

Dia juga pernah desak Ng letak jawatan ADUN dan kosongkan kerusi tersebut sebab dia mahu bertanding untuk rebut kerusi ADUN komtar. Patutlah dia banyak buat kacau, teringin jadi wakil rakyat rupanya. Baca kat sini.

Banyak lagi usaha kaki pukul ni untuk mendapatkan publisiti. Mungkin lepas ni dia harap dapat bertanding mana-mana kerusi ADUN. 


Memang bukan senang nak jadi pejuang nampaknya, kalau semua usaha tersebut disalurkan kepada urusan mengembangkan perniagaannya sudah tentu dia boleh ganti tauke Gedung Mydin!
Share on :

1 comment:

  1. Spesis dia keje panjat pokok nyok kot.So tak dak keje dah ambik upah panjat pagar.Orang Penang kenai mamat sekoq ni.Upah Masuk Nana Okey(UMNO)

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License