Kepimpinan Ulama - Persepsi Orang Ramai

Wednesday 23 February 2011

APAKAH YANG ANDA FAHAM DENGAN "KEPIMPINAN ULAMA" DALAM PAS



Saya cuba mendapatkan pemahaman terhadap persepsi orang ramai terhadap slogan "Kepimpinan ulama" yang menjadi moto parti PAS yang memang telah diketahui umum.

Konsep kepimpinan ulama ini membawa satu pegertian kepada umum bahawa PAS mahu memperjuang dan memartabatkan peranan ulama dalam arena politik dan juga pemerintahan negara.

Cuma dilemanya adalah penjelasan terhadap kepimpinan ulama yang mahu diketengahkan oleh Pas kepada masyarakat umum tidak pernah berjalan dan orang ramai dibiarkan dengan persepsi masing-masing berdasarkan andaian serta fahaman mereka terhadap parti Pas.


Dikalangan ahli parti pula, bukan semua yang mengambil tahu perlembagaan parti dan cuba memahaminya. Kebanyakannya bergantung kepada penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti parti dan mendapatkan penerangan secara formal atau tidak formal di sana-sini.

Tidak ramai yang terfikirkan bagaimana mahu menterjemahkan "kepimpinan ulama dalam konteks organisasi". Tidak ramai yang juga terfikir akan perbezaan makna "ulama" tersebut dalam konteks 'individu' dan  'organisasi'.

Kecelaruan ini bertambah parah apabila sistem pembelajaran negara kita khasnya dan dunia umumnya telah memecahkan antara ilmu agama dengan ilmu dunia. Suatu ketika dulu ilmu agama diperturunkan dengan ikhlas sebagai satu tugas hidup dan tanggungjawab sosial yang lebih terarah kepada amalan serta pemahaman untuk menempuh hidup yang selamat. Ilmu dunia pula seperti kemahiran, pertukangan, perdagangan dan ilmu hisab lebih bermatlamatkan untuk mencari makan, menyara hidup dan mencari kerja.

Selepas itu jurusan agama di serapkan sistemnya secara formal mengikut cara ilmu dunia sebagai salah satu cabang ilmu dunia yang bersifat serampang dua mata bergantung kepada yang mempelajarinya. Namun rata-rata orang ilmu agama dipelajari dan diajar sebagai jurusan dalam sekolah dan universiti untuk mencari makan, cari kerja. Bukan lagi sebagai amalan harian untuk keselamatan hidup dunia dan akhirat. Kelulusan dari jurusan agama mampu menawarkan jawatan yang baik sekarang ini.

Hasil daripada sistem tersebut ustaz menjadi salah satu daripada gelaran profesional. Maka lahirlah manusia sekular yang membezakan orang itu ustaz orang itu peguam dll. Sedangkan bukan semua kelahiran jurusan agama mengaplikasikan ilmunya untuk keselamatan hidup, malah lebih ramai yang menggunakannya untuk mencari makan.

Kita kembali kepada hasil bancian yang telah dibuat.

Setakat ini jumlah yang mengundi hanya seramai 171 orang dan hanya 11% yang bersangkaan bahawa untuk menjadi pemimpin dalam Pas ia mestilah seorang ulama.

39% nampaknya faham bahawa apa yang dimaksudkan kepimpinan ulama dalam Parti Pas adalah majlis syura itu sendiri yang mempunyai kuasa tertinggi dalam menentukan polisi parti dan halatuju parti. Majlis syura pula mempunyai kriteria tertentu yang ditetapkan untuk mereka yang mahu menjadi ahlinya.

Majoriti ataupun sebanyak 49% lagi memahami bahawa majlis syuralah yang menterjemahkan konsep kepimpinan ulama tersebut namun masih mahu dan percaya untuk menjadi pemimpin tertinggi individu yang bergelar ulama juga amat penting untuk dinobatkan sebagai ketua.

Secara umumnya majoriti beranggapan bahawa hanya ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin walau apa cara sekalipun. Untuk digelar sebagai ulama dalam zaman sekarang ini, mahu tidak mahu seseorang itu terpaksalah mengharungi dan mengambil jurusan agama dalam proses pendidikannya dan mendalami pengetahuan agama secara formal.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License