Tak Mahu Ahli Politik Jadi Chancellor - Pelajar UNISEL

Tuesday 4 January 2011

Layakkah Wan Azizah jadi Chancellor?. Dari segi sijil
dia lebih layak dari Rosmah Mansur.
Kumpulan Pro-Mahasiswa di Unisel menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan untuk melantik Presiden PKR Wan Azizah sebagai Chancellor Universiti tersebut menggantikan isteri Perdana menteri yang meletakkan jawatannya sebagai penyandang kerusi Chancellor sekarang.

Mereka sebaliknya mendesak mahukan Prof Khoo Kay Kim dilantik sebagai Chancellor yang dilihat sebagai seorang yang bersih, berpengetahuan tinggi dan banyak menyumbang kepada negara.

Chancellor di universiti-universiti Malaysia terkenal dengan melantik orang-orang kenamaan terutamanya individu beraja menjadi chancellor mereka. Ada juga yang melantik isteri PM sebagai chancellor.


Chancellor adalah seumpama CEO sesebuah universiti sebagaimana amalan sesetengah negara, yang kerjanya perlu memastikan objektif sesebuah universiti itu tercapai. Ada juga negara yang meletakkan chancellor sebagai presiden sesebuah universiti. Untuk memahami kerja seseorang chancellor itu kita perlu tahu apakan tujuan sesebuah universiti itu ditubuhkan?.

Tujuan utama sesebuah universiti adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Universiti bukanlah sebuah institusi berorientasikan keuntungan tetapi ia memerlukan juga penjanaan dana bagi menampung segala aktivitinya, tanpa dana bagaimana nak hasilkan sebuah universiti yang hebat.

Orang yang paling tidak layak menjawat jawatan chancellor sesebuh universiti sudah tentu isteri kepada mana-mana PM, jika perlantikannya semata-mata atas dasar dia seorang isteri PM.

Melantik seorang ahli politik sebagai chancellor bukan satu perkara yang tak bagus, ini berdasarkan keperluan sesebuah universiti mengeluarkan mahasiswa yang berfaedah kepada keperluan masyarakat dan juga negara, dan orang politik merupakan orang yang paling terdedah dengan keperluan masyarakat.

Melantik seorang ahli akademik juga tidak semestinya bagus untuk universiti kerana para ahli akademik kebanyakannya amat lemah dalam membuat pertimbangan faktor komersial, ahli akademik lebih kurang sama dengan ahli seni, mereka condong dengan prinsip seni untuk seni, atau ilmu untuk ilmu.

Mungkin ini satu permulaan reformasi perlantikan chancellor kepada orang yang lebih layak. Kita tak mahu tugas chancellor yang hanya muncul untuk menganugerahkan ijazah dalam majlis konvokesyen.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License