Saya Bukan Alat BN (Tapi Diperalatkan BN) - Khusrin

Monday 3 January 2011

Kesian kat Khusrin yang masuk pejabat SUK hari ini tapi tidak diperakui oleh kerajaan PR di Selangor. Ini berikutan perlantikannya adalah penuh berunsur helah dan tipudaya mainan politik pihak lawan yang sedang berusaha menjatuhkan kerajaan yang ada.

Segalanya terungkai sekarang siapa yang sebenarnya dalang dalam permainan ini apabila Sultan Selangor sendiri menyatakan bahawa baginda tidak ada kuasa untuk menolak atau melantik jawatan Setiausaha negeri. Ini kerana ia telah diubah oleh Menteri Besar sebelum ini, Mohamad Khir Toyo yang memberikan kuasa tersebut pada kerajaan persekutuan.


Barulah saya perasan betapa selama ini orang yang bersungguh-sungguh memaksa Kerajaan PR menerima Khusrin kononnya atas perintah Sultan adalah setiausaha Sultan dan bukannya Sultan sendiri. Cuba baca semula kenyataan-kenyataan akhbar yang menyentuh kejadian ini, dialah yang lantang bertegas dengan perlantikan tersebut.

Alasan yang orang bagi adalah bahawa semua penjawat awam amat profesional tanpa mengira siapa parti yang memerintah. Ini juga ditegaskan oleh ketua setiausaha negara. Alasan ini tak ada orang waras yang akan sanggup menerimanya, ia hanyalah teori semata-mata. Saya tak tahu jika ada orang yang nak percaya kata-kata nista seperti itu, saya tak percaya !.

Cuba tanya para penjawat awam yang berhenti dan menjadi penjawat swasta, tentu mereka akan berkata salah satu sebab mereka tak tahan menjadi penjawat awam adalah kerana sering sangat menerima arahan politik yang bertentangan dengan prosedur biasa.

Bagi mereka yang gila pangkat dan tidak kisah untuk mempunyai prinsip hidup atau tidak mempunyai darah keturunan pembangkang, akan menjadi pak turut dengan rela melaksanakan apa sahaja arahan yang diturunkan. Bagi mereka yang tidak sanggup, alamat mendapat tekanan dan menjadi bahan beku di dalam freezer.

Jika semua penjawat awam bebas daripada pengaruh politik dan akan melaksanakan tugas tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah sudah tentu perkara seumpama ini tak akan berlaku. Kerajaan Selangor tak akan melibatkan diri dalam perlantikan yang telah berlaku dan tiada upacara angkat sumpah. Moga peristiwa ini menjadi pengajaran dan membuka minda mereka yang ada akal.

Baca semua berita berkaitan di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License