Bincang Sebelum Perlantikan, Bukan Selepas Perlantikan - Datuk Mohamad Munir Bani

Tuesday 4 January 2011

Datuk Mohamad Munir Bani berkata MB disuruh bincang dahulu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum perlantikan, bukannya bincang selepas perlantikan.

Memang itulah sepatutnya yang berlaku dan yang diharapkan sepatutnya berlaku, bukannya tak ada perbincangan lalu terus keluar cadangan calon. Masalahnya SPA tak buat macam tu wahai Yang Berbahagia Datuk Munir.

Yang Berbahagia Datuk ada periksa ka samada SPA masuk kampung Datuk secara beradab atau tidak?, tak kasihan ka Yang Berbahagia Datuk kepada pemerintah negeri yang dilantik oleh majoriti rakyat, tak kasihan ka Datuk pada rakyat apabila urusan perlantikan jawatan penting kerajaan pilihan rakyat dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kerajaan pilihan rakyat tersebut.

Nota:

Semua nama serta watak di atas tidak ada kena mengena kepada sesiapa samada yang masih hidup atau yang telah mati. Hanya jalan ceritanya sahaja yang perlu diambil iktibar kepada yang masih hidup. Wallahu'alam.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License