Buku Haram - "The March to Putrajaya — Malaysia’s New Era Is At Hand" Oleh Kim Quek

Saturday 2 October 2010

Kim Quek duduk dua dari kiri
Khamis lalu Kementerian Dalam Negeri telah memberikan fatwa mereka terhadap kedudukan buku terbaru oleh penulis Kim Quek yang bertajuk seperti di atas.

Alasan yang diberikan adalah buku tersebut boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian awam. Ia tidak sesuai untuk bacaan umum kerana mengandungi spekulasi dan tuduhan tidak berasas terhadap pimpinan negara. Jika dibenarkan juga ia bakal mengganggu ketenteraman awam.


Kim Quek marah dan menafikan segala alasan yang diberikan oleh KDN dalam kenyataan rasminya di sini.  Kata Kim Quek tidak ada satu ayatpun dalam bukunya yang menghasut agar rakyat menolak perlembagaan dan segala tulisan berkenaan penyelewengan dan korupsi pemimpin adalah sesuatu yang diketahui umum, jika ia tidak benar sama sekali dia memperlawa para pimpinan tersebut mengambil tindakan undang-undang.

Ada kebenarannya alasan yang telah diberikan oleh KDN tersebut terhadap bahayanya pengaruh buku itu. Terutamanya jika segala yang diceritakan oleh penulis terhadap kebobrokan para pemimpin itu adalah kebenaran, maka sudah pasti rakyat marah.

Maka kebencian awam terhadap para pemimpin sudah tentu mendidih lalu satu tindakan susulan akan diambil tetapi bukan dengan menimbulkan huru hara, tak cukup dengan sebuah buku untuk menimbulkan keganasa dan huru hara.

Sebaliknya rakyat akan menggunakan kuasa keramat mereka bagi menolak para pemimpin yang dipercayai korup tersebut.

Itulah sebenarnya kenyataan yang diulang-ulang oleh KDN, takkan Kim Quek tak faham kot?, lagipun alasan yang paling besar sekali untuk mengharamkan buku itu adalah Kim Quek itu merupakan orang Anwar Ibrahim, ketua pembangkang negara.

Apa nak susah sangat Kim Quek!!! pergi ke luar negara, buat E-book dan juallah On-Line, lagi senang dan lebih laku, sayapun nak beli satu. Harap beliau menerima mesej saya.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License