Khir Toyo Beli Apartmen Mewah Di Mekah Guna Duit PNSB

Friday 1 October 2010

Laporan dari Selangor Kini edisi kedua bulan September mendedahkan mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo telah membeli hartanah di Mekah melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad dan meletakkan namanya sebagai pemilik. Hartanah tersebut merupakan 12 buah apartmen mewah yang dibeli dengan harga RM17.5 juta dibeli pada tahun 2007. 

Ada dua kesalahan yang dilakukan oleh mantan MB Selangor itu, pertama membeli sebanyak 12 unit apartmen mewah sedangkan lembaga pengarah meluluskan hanya sebanyak 5 unit sahaja.

Kedua meletakkan namanya sebagai pemilik hartanah tersebut sedangkan kerajaan Saudi membenarkan pemilik hartanah daripada syarikat yang dipunyai oleh orang islam yang memang ada syarikat seumpama itu di bawah kerajaan negeri.

Khir Toyo memberikan alasan bahawa ia meletakkan namanya atas sebab syarat kerajaan Saudi yang meletakkan pembeli mestilah seorang muslim.

Tak ada pula alasan kenapa dia beli 12 unit sedangkan yang diluluskan hanya 5 unit, walaubagaimanapun 7 unit lagi telah dijual kepada individu yang tidak diketahui.

Walau apapun alasannya samada ada penyelewengan atau tidak, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh mantan MB Selangor itu kerana tak ada MB yang akan kekal selama-lamanya memerintah atau mengepalai sesebah negeri.

Harap Dr Mohamad Khir Toyo bekerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri sekarang bagi mengembalikan hak milik hartanah itu kepada PNSB. Bukan senang nak tengok semua semasa kita dok ada di atas, terlalu banyak yang perlu diberikan perhatian.

Jesteru perlunya jentera bawahan yang jujur dan amanah serta ahli dalam bidang yang diuruskannya, jika tidak habis hancur duit rakyat. Harap MB sekarang mengambil iktibar dalam memilih jentera pengurusannya.

Berita yang sama dari Blog Anwar Ibrahim di sini.
lagi berita dari blog lain klik sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License