Zulkifli Noordin Elok Jadi Hero NGO, Jangan Jadi Ahli Mana-Mana Parti

Wednesday 17 February 2010

Banyak kenyataan YB Zulkifli Noordin yang sentiasa mendahului parti, dia menyerang hampir semua orang tak kira dari partinya sendiri atau dari parti yang sekumpulan dengannya seperti PAS dan DAP.

Lagaknya adalah seperti mahu menjadi ketua yang punyai pendapat dan perjuangan tersendiri. Kita hormati segala pendapatnya tetapi dalam masa yang sama segala aksinya amat meresahkan orang bawahan.

Jika dia mahu menjadi ketua dalam parti ikutannya, elok dia buat sesuatu untuk membina kumpulannya serta penyokongnya dan lawan secara berstrategi, bukannya menjadi pengikut dan dalam masa yang sama cuba meruntuhkan segala kerjasama.


Saya ada mendengar gossip dari seorang kawan bahawa dia ni merupakan seorang SB, saya tak nak percaya walaupun segala tindakannya banyak menunjukkan kebenaran gossip tersebut.

Saya pasti jika dia tak mudah untuk menjadi pemimpin teratas dalam PKR, dan memang sebagaimana tuduhannya yang mengatakan ada konspirasi yang mahu menyingkirkannya dari PKR, memang patut pun dia disingkirkan kalau sentiasa mahu bertindak sendiri-sendiri, halau saja dia keluar dari Parti.

Tetapi bukan bermakna dia dianggap sebagai sampah atau "najis" sebagaimana yang dia labelkan pada orang lain yang mahu menolaknya, malah itu merupakan cara terbaik bagi menggunakan bakatnya sebagai pengkritik yang membina terhadap organisasi lain.

Saya teringat pesan bos saya masa bekerja di INOKOM dulu kepada semua pekerjanya, "Do not eat and shit at the same place", yang memberi maksud jangan buat honar dalam tempat yang sama anda mencari makan, tak elok.
Share on :

2 comments:

  1. NGO pun sebuah organisasi dan kalau dia asyik menyerang ahli lain dalam organisasi tu, kat mana lagi tempat dia nak jadi hero??? But guy is damn good...I like him

    ReplyDelete
  2. Aziezoul,
    kalau macam tu, elok dia jadi lawyer buat kerja sorang diri, serang semua lawan dia kasi menang kes, tak menyusahkan orang...malah menyenangkan orang yang memerlukan khidmat dia.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License